Tuesday, July 01, 2008

Masak Lemak Labu




LABU KUNING

Vitamin A merupakan sejenis zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang. Ia menguatkan daya tahan badan untuk menentang jangkitan penyakit terutamanya di bahagian mata, paru-paru, tiub bronkial, kerongkong dan kulit.

Labu kuning merupakan salah satu daripada kaedah-kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A, satu faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada berbagai-bagai penyakit.

Berasal dari keluarga Cucurbitaceae, labu kuning adalah di antara jenis-jenis sayur yang kaya dengan vitamin A untuk mengubati atau menghindarkan penyakit-penyakit seperti masalah kulit, sakit mata, rabun terutamanya pada waktu malam, ketidakseimbangan gula dalam darah, jangkitan penyakit, pembengkakan di bahagian sendi, masalah paru-paru.

Buah labu dibuang kulit dan biji kemudian dikisar halus dengan air dan diminum pada setiap hari. Ia boleh dicampur dengan sedikit jus lobak merah untuk mengatasi rasanya yang kelat.

Isi labu, yang juga kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, niasin, vitamin B dan C dan magnesium, melancarkan fungsi-fungsi limpa manakala bijinya, yang mengandungi lemak dan protein boleh dimakan selepas digoreng. Juga boleh menghapuskan masalah cacing pita dalam usus, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ramai orang telah menjual biji labu ini apabila sudah digoreng dan permintaan ramai begitu menggalakkan terutamanya bagi golongan remaja yang lebih suka makan di waktu-waktu lapang.
petikan ~~ http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/n_asiah.html






MASAK LEMAK LABU & KANGKUNG

Bahan
500 gm labu kuning berkulit hijau [muda]
500 gm sayur kangkung
1 s/b udang kering
2 tangkai cili merah
2 cawan air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 labu bawang besar
garam

Cara
1. Labu dibuangkan biji dalamnya. Potong kecil. [Sekiranya labu tua kulitnya hendaklah dibuangkan]
2. Kangkung dibersihkan dan potong pendek.
3. Masukkan labu, bawang, udang kering, air dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh dan labu lembut.
4. Masukkan santan pekat dan cili merah.
5. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuahnya perlahan-lahan.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi.

3 comments:

Rozilah Kamarudin ImOlie said...

Salam, Sedapnye... my favourite sayur labu. tapi nampaknye kena tgk gambar ajela..

Kat sini ada labu tapi takde santan segar.. 8-(

Olie pergi Kertih boleh jemput makan?? 8-)

Suzi said...

Salam kenal K.liza,
Byk khasiat labu kuning rupanya. Kalau kat Adelaide ni mcm2 jenis labu kuning. Tak tahu apa beza dia..saya main beli mana yg murah...hehehe..

MamaFaMi said...

Hantam ajelah labuuuuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers