

kami akan adakan lagi makan begini pada 29 Julai 2008 ni..
[alamak ... my besdey around the corner... so tengah planning nak masak apa ni... ]
rasanya kali ni nak buat kat kawasan belakang sekolah tepi pantai...banyak angin wooo..

sapa nak join..bolehlah datang....jangan malu-malu....buat macam majlis sendiri..hehhehehhe...

AYAM BAKAR OREGANO
Bahan
1 ekor ayam [berat 1.5 - 1.7 kg]
4 s/b sos BBQ [kkliza gunakan sos BBQ Pedas Knorr]
1 s/b lada hitam ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
3 sm halia ]
1 s/b dry oregano
1 s/b olive oil
Cara
1. Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam.
3. Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam
4. Hidangkan dengan sayuran.
1 comment:
Salam kakLiza,
itu yang tok aji serban tu, amende kak?
Lagi satu...ketupat sotong ni kan, nak makan macamana ya, sebagai lauk atau macam makan ketupat tu...
Akak jemput ke dapur saya ya, ada award untuk akak yang banyak beri inspirasi saya memasak....
Post a Comment