kakliza dah mulai bercuti ..
n3 ni kkliza tulis akt umah adik kakliza di PD..

tengah malam tadi kakliza bertolak ke Masjid Tanah, Melaka untuk mengambil khemah yang ditempah untuk digunakan semasa bermain kapalterbang kontrol...
kemudian akan singgah PD untuk berjumpa bonda dan adik kakliza disitu..
nak berikan kiriman lemang femes dari Kijal/Tganu yg sedap tu dan kain batik dan tudung bawal batu kristal yg dipesan oleh mereka..
petang ni kakliza akan bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kak liza [Mohd Azlan] pada Sabtu esok..
pagi Ahad kkliza akan bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk berjumpa datuk kakliza..
nenek kakliza baru jer meninggal dunia pada raya puasa ke4 baru-baru ni..
kami singgah sekejap saja memandangkan kami akan ke Sg. Petani kerana husband kak liza terpaksa attend forum kerjanya selama 4 hari di Kelab Cinta Sayang Resort..
kakliza rasa ada beberapa orang geng tenet yg akan berjumpa kakliza semasa di Sg.Petani..
disini kkliza dah siapkan bahan2 masakan untuk kami sekeluarga memandangkan resort tu kena kuar cari kedai makan..
seronoknyaaaa kakliza....
tak sabar nak jumpa mereka semua yg sudi sangat nak beramas mesra ngan kakliza...
antara yg berjanji nak jumpa kakliza adalah Rinnchan, mamazieza, Ana cakelover, Maisya, Zai Kulim dan juga beberapa orang dari utara nun...
bior gamat gedering kami kat resort tu nanti...
[ada sesiapa nak join kerrr... ]
then pada Khamis kakliza akan balik ke Alor Setar umah mertua untuk berhari raya Haji disana..
pada 2 raya haji [Selasa] kakliza akan bertolak balik ke Shah Alam untuk menghantar anak dara di kolejnya ..
keesokannya [Rabu] kak liza akan balik ke Kerteh..
tapi pada 19 & 20 Disember 2008 kakliza sekali lagi akan outing ke Kuantan kerana husband kkliza akan kerja disana..
tapi biasalah kami anak beranak dikira dalam percutian...
kali ni kkliza bercadang nak jumpa Ummi homesweethome pulak...
so kiranya 2 minggu la kkliza x akan bertenet kerana kakliza x der kat umah.....
apapun kakliza harap adik2 lain SELAMAT BERCUTI.....