Tuesday, October 21, 2008

Kek Buah Serimas

masa bulan puasa aritu..kakliza selalunya bangun sediakan sahur jam 4.30 pagi..
sambil menyediakan persiapan dan makan sahur kkliza akan buka TV2 dan mengikuti rancangan masakan chef Norzailina..
so kkliza terpikat nak mencuba kek buah yg ditunjukkan hanya gunakan minyak saja...
tanpa berlengah kakliza pun mencuba pada siang harinya memandangkan nak bawa balik kek tu ke umah mertua kakliza...

kebetulan kakliza telah dapat buku resepi yg dijual tu hasil order dari chef Norzailina sendiri..




hasil yang kakliza dapati kek ini sama setanding yg menggunakan butter dan kemanisannya amat sesuai dengan kkliza yg tak suka kueh manis sangat..
even mak mertua kakliza amat suka makan..
berulangkali menjamahnya..sambil menyebut dia berkenan bab manis kek ni..
sesuai ngan org yg berpenyakit kencing manis...kena kontrol manis kek..





KEK BUAH SERIMAS
[sumber Chef Norzailina ~ buku Selera MMVITAOILS]

Bahan A
150ml minyak Serimas [kakliza gunakan minyak biasa jer]
3 biji telur A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana [kakliza gunakan madu]
1 sudu besar jus oren [kakliza gunakan sunquick]

Bahan B
220 gm tepung gandum ] diayak
2 sudu teh serbuk penaik ]
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai [kakliza gunakan roasted badam cincang]
1 sudu teh parutan kulit oren
badam tanpa kulit

Cara
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak dan gula.
3. Masukkan buah campuran, badam urai dan kulit oren.
4. Perlahan-lahan tuangkan bahan A
5. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
6. Ratakan dalam tin[loyang] yang telah dilaikkan kertas minyak dan dilenserkan.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama sejam.

2 comments:

RozIlah Kamarudin ImOlie said...

seperto biasa, nampak sedap aje masakan kak liza//

Naz / Nadz COSK said...

Wah kak liza ... dah lah mmg tengah terfikir2 nk buat kek buah versi yg mana satu .. Keluar pula resepi ni.. boleh cuba ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers