Tuesday, October 21, 2008

Muffin Oren & Poppiseed

masa raya baru2 ni kkliza buat muffin untuk keluarga mertua dan tentunya anak saudara seronok tenguk kek comel yg membukit tu..
di tambah ngan bau oren yg wangi menyebabkan masing-masing asik mengusung muffin..
disamping tu kakliza buat juga muffin coklat chips..
tapi tak sempat nak amik gambo..ilang dari pingan...




MUFFIN OREN & POPPISEED
[24 muffin saiz medium]

Bahan A
500 gm muffin ready mix oren & poppiseed
200 gm tepung naik sendiri [ayak]

Bahan B
4 biji telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus oren

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm [ hampir penuh] dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers