Wednesday, November 26, 2008

Paung Goreng

sesiapa yg tak pernah datang atau tinggal di Terengganu tentu akan janggal dengan kueh ini..
tapi yg peliknya anak-anak kakliza semuanya suka kueh ni..
kueh ni kena berhati2 semasa menggorengnya..
kena gunakan api yg paling perlahan kerana bimbang kueh akan meletup..macam bom pulak nanti...
kakliza mula belajar buat kueh ni semasa anak kakliza kecil2 lagi..
masa tu mana ada internet..
so asik buat eksperimen masak jer..
even kakliza buat keropok lekur sendiri..sampai berkilo-kilo pulak tu...
tapi le ni moood nak masak gitu agak kurang sikit la due to anak2 dah tak ramai kat umah..






PAUNG GORENG

Bahan

500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya

Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers