Saturday, November 22, 2008

Singgang Daging

biasanya kalau ada daging sure akan masak gulai..rendang or masak kicap atau sup..
tapi bila kakliza tinggal di Terengganu ada yg syurkan masak singgang macam singgang ikan tu..
so kakliza pun cubalah..
kalau tak cuba mana tahu sedap or camner rasanya kannnn...
tapi memang sedap dan yg penting rasanya agak healthy sebb tiada masakan berminyak...
tapi sedap lagi kalau makan ngan nasi putih yang lembut, sambal belacan dan ulaman sayuran...

kebetulan tak lama lagi kita akan berhari raya qorban..
sure banyak daging so apa kata kita cuba masakan ini...
memang senang nak memasaknya...



SINGGANG DAGING

Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
3 keping asam keping
3 ulas bawang putih ]
4 cm lengkuas ] hiris
3 cm kunyit hidup ]
1 s/b ketumbar ]
1 s/k jintan manis ] tumbuk kasar
Ciliapi
garam
Air secukupnya

Cara
1.Masakkan semua bahan kecuali ciliapi dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan ciliapi dan rasakan garamnya.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers