Monday, February 27, 2012

Kuih Kasturi aka Kuih Kacang aka Kuih Rengas

pagi tadi kakliza terbaca status di FB soerang penulis terkenal PTS iaitu Pak Latif yang berceritakan mengenai sarapannya ..kueh kacang atau kueh kasturi atau kueh rengas.
teringat kakliza pernah menuliskan resepi ini berberapa tahun lalu dalam Forum Cari.com...jadi kakliza ingin kongsikan resepinya disini...
kuih ni memang jadi kesukaan anak sulong kakliza...tapi yang hairannya dia tidak berapa suka bubur kacang


KUIH KASTURI

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan

.

3 comments:

rahel said...

Salam Kak Liza,bestnya kuih kacang ni..lama betul dah tak buat..rinduu..

Nuri said...

Assalamualaikum... kuih kegemaran ni.. sbb suka sgt kuih ni sampai try buat sndri tanpa apa2 panduan. Akhirnya.. jd la kuih kacang yg keras.. hehehe.. tp skrg dh pandai buat dh...

ain poyos said...

salam kak..izin share yer..sedap :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers