Tuesday, February 28, 2012

Buku Resipi WARISAN



Salam riang buat adik-adik semua...
Sekarang kakliza sedang mengusahakan Resipi Warisan yang akan mengemukakan lebih kurang 10 judul jenis warisan yang mengandungi 23 menu setiap judul.
Memang kakliza kena bertungkus lumus menyediakan text resepi dan membuat masakan kerana setiap menu/resipi itu perlukan gambar langkah demi langkah.
Setakat ini 5 judul telah siap dibuat penggambaran manakala 5 lagi akan disambung selepas cuti sekolah..InsyaAllah..

Semua masakan ini kakliza buat shooting di KL..samada dirumah BFF kakliza [Kak Nonie di Setiawangsa] dan juga di Studio Dapur PTS di Batu Caves sana...
kenyanglah semua crew yang bertugas dan juga kekadang tu sengaja kakliza masak lebih untuk staff lain kerana masing-masing akan terbau masakan tu..
kesian pula..takkan ambil bau jer kann...mereka adalah food tester kakliza juga...





Setakat ini hanya 2 buku ini telah siap untuk di hantar ke kedai buku seluruh Malaysia..
harganya hanya RM5.50 sahaja..
semoga dengan keluaran buku ini akan dapat menambahkan ilmu masakan adik-adik semua.

5 comments:

mama ju, said...

trimakasih.
Masa kat expo islam tu, mama ada ambek gambar kak hani memasak..

Ummi said...

Tahniaaaahhh kak Liza cayanggg..bangga sangat dgn usaha dan hasil yang berbaloi2...mencurah ilmu dan tunjuk ajar buat semua yang ingin mencuba memasak....Moga ganjaran pahala berlipat ganda diberikan Allah untuk kak Liza, amiiin... ^__^

hanieliza said...

Terimakaish Collapse..dan Ummi..

lovelygift....everything u need are here said...

Tahniah kak liza. Terima kasih kerana berkongsi ilmu , semoga akan bermanfaat untuk semua.

pilahcreativefoto said...

mmg mudah nak masak ikut resipi kak liza. buku2nya saya dah beli tahun lepas lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers