
Assalamualaikum semua.
semoga semuanya sihat..gembira dan bahagia..
agak lama [padahal belum pun berbulan] kkliza tak report kat tenet perkembangan seterusnya..
Aceli last Sunday [malam] kakliza telah bertolak ke Kuala Lumpur..naik bas seorang diri wooo..kerana ada sessi temuramah-tamah [tambah sikit ayat tu] dengan pihak media [Utusan Malaysia] mengenai buku dan perkenalan diri kakliza dalam mempromosikan buku masakan akak....
akak sampai KL [turun kat Greenwood/Gombak] pada jam 4 pagi..
terus saja kkliza ajak anak dan adik akak ke pasar Selayang [adik kakliza tinggal di Selayang] untuk membeli bahan masakan yang akan akan dipersembahkan dalam sessi yang akan dibuat pada jam 11 pagi Isnin tu..
kali ini kakliza bercadang nak masak Ayam Percik [AYAM]..Udang Lemon [MAKANAN LAUT]..Air Asam [SAMBAL/SOS] ..Puding Koktel Sos Buah [PUDING]..Sayur Brokoli Campur [SAYUR] dan juga sayur salad mentah [saja tambah untuk penuhkan meja]

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..
selepas sessi bertemuramah-tamah dan berposing sakan kami pun menjamu selera..
masing-masing berpuashati ngan masakan yang dipersembahkan..
InsyaAllah akan ditulis dalam ruangan MEGA Utusan Malaysia [Jumaat] nanti..
tapi kakliza akan beritahu nanti..
kakliza buat lagi ulang-masak Ayam Percik tu untuk memberikan keluarga kakliza rasa keenakan masakan itu..
sebelah malamnya pada jam 9 akak liza bertolak balik Kerteh dengan bas dan sampai rumah jam 2.45 pagi..
maka bermulalah kerja-kerja masakan kakliza seterusnyaaaaaa...