Tuesday, September 17, 2013

Kerabu Kobis

Bahan A
1 biji kobis manis [500 gram]
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang

Bahan B
10 biji limau kasturi [diambil jus]
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Semua bahan A dihiris halus dan basuh. Tapiskan sehingga kering.
2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sayur. dan gail rata.
5. Sejukkan didalam peti sebelum menghidangkan.

3 comments:

zana fahmi said...

Senang je kan kak liza....bosan goreng buat mcm ni:-)

adda syuhada said...

waaa cm nak fengsann tengok kerabu kubis ni..

Anonymous said...

Lagi sedap kalau ditambah bunga kantan dan daun kesom dihiris halus ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers