Wednesday, August 10, 2011

Tepung Pelita


TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..


4 comments:

Sueozana said...

Salamu'alaikum kak Liza..

Uitt, sedap neyh.. bleh la buat esok / lusa. Fav saya ni.. :) Tq kongsi resepi. Smga kkak di n kluarga diberkati Allah.

umi said...

salam kak liza. suka sangat kuih ni. nmpak resepi kak liza ni ringkas lagi, nak try la. tq kongsi resepi!

Anonymous said...

Oloh sdp ni... nk wat la nih jgk..

laman sihat said...

bestnyer,,memang suka sgt makan kuih ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers