Thursday, August 04, 2011

Talam Lobak Merah [Talam Carrot]

Salam..
Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa...
tentu tertanya-tanya nak buat kueh atau masakan apa berbuka...
kueh ni walaupun jenis kueh tapi agak mengenyangkan...

KUEH TALAM CARROT

Bahan

1 cawan carrot [potong dadu kasar]
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Bahan Berlauk
400 gm daging kisar
2 labu bawang cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 batang carrot [parutkan]
1 s/b rempah kurma
1 s/b rempah kari
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng
minyak
garam

Cara
1. Defrostkan daging kisar sambil ramaskan dalam tapisan santan. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga daging agak kering dan naik minyak.
4. Masukkan rempah kari dan rempah kurma dan kacau rata.
5. Masukkan carrot parut dan kacau rata. Masukkan garam.
6. Bila telah masak boleh tutup api dan taburan cili merah, daun bawang & daun sup yg telah dicincang.
7. Taburkan inti dan bawang goreng atas kueh talam carrot yg telah sejuk dan potongkan.
8. Hidangkan.


2 comments:

Ummi said...

Kak Liza cayaangggg...tqqq seribu bagi buku tu eh...sukaaaaaa..hehee.. Talam karot ni resepi baru ke k.Liza...menggoda tul bulan2 pose ni tengok... ^__^

norlie said...

sukanya tengok gambar ni ..bila lah nak menerai ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers