Monday, March 07, 2011

Talam Pisang




TALAM PISANG Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

4 comments:

Unknown said...

assalammualaikum kak liza, sedapnya tgk talam ni kak...nk cuba buat la nanti..minta izin copy resepi yer kak:)

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Liza, sedapnya Talam Pisang ni ...meleleh air liur...satu hari nak buat jugak...

ana ibrahim said...

SALAM Kak Liza..........aduh sedapnya..kuih talam ni...Insyaallah nanti nak cuba..selama ni main beli aje....tentu hubby dan anak-anak suka sebab ini antara kuih favourite mereka...Thanks for sharing

Unknown said...

akak, dh cuba buat dah...memang sedap kuih talam pisang ni...tq sharing yer..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers