Monday, February 07, 2011

Sambal Goreng Ikan Bilis


SAMBAL GORENG IKAN BILIS

Bahan

1 biji kentang [potong kecil]
1 cawan ikan bilis kecil
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
minyak
garam

Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara memasak
1. Gorengkan kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan juga.
3. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula.
4. Bila dah naik minyak dan pekat masukkan ikan bilis dan kentang tadi.
5. Gaul rata dan angkat dari kuali.
6. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sayur lemak kobis.

Nota.
Boleh gantikan kentang dengan tempe yang digpotong kecil dan gorengkan garing.

10 comments:

ShazlinaSaad said...

salam, nak tanya, macam mana nak buat sambal ikan bilis, tp ikan bilis tu tak liat ye?

hanieliza said...

biasanya kakliza akan panaskan minyak secukupnya..basuh ikan bilis dan tapiskan..pastu cepat2 curahkan ikan bilis dalam minyak yang dah cukup panas..

Iza Akma said...

Assalam kak Liza,
lauk ni mmg feberet sy kak..dah dua tiga hari mengidam sambal cam gini..terliur sy tengok pg2 ni..ingat sat lagi nak buat ikut resepi kLiza lah...nampak menyelerakan..

ShazlinaSaad said...

oh ok..macih..
selalu sy buat macam tu juge.ikan bilis tu jadi liat..tak tau sbb apa..

~June a.k.a UmmyImran~ said...

Shazlina,

Kalo nk ikan bilis tu tak liat, goreng garing2 n angkat, pastu masak sambal kering2 last skali masukkan balik gaul ngan sambal sekejap jer pastu tutup api..sbb kalo lama sgt nanti bila sambal meresap masuk dlm bilis tu, tu dia jd liat...kita dlu pun camtu jer, tp lepas byk kali try, berjaya jugak akhirnya...sbb hubby mmg x makan kalo ikan bilis tu liat...sabor jer la...

MULAN said...

sedap nya... nak sikit..

Kak Leni said...

Ada jenis ikan bilis yg mmg liat...

My Journey said...

suka....dap,dap....

Berita Terkini said...

resepi yg sesuai utk orang bujang.

simple je tp mampu menaikkan selera..
terima kasih kerana berkongsi resepi ini.

N Jasmeen said...

sis, kenapa taruk cuka ye? untuk bgi tahan lama ke? separuh org buat letak asam jawa sikit.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers