Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Rumah Ummi



Assalamualaikum..
dah lama nak tulis dan cerita..tapi masa jer tak mengizinkan nak berceloteh..
so hari ini rasanya nak celoteh sikit mengenai aktiviti masa cuti sekolah bebaru lalu....

Bermula pada Ahad 6 Jun 2010 lalu kak liza dan anak-anak [suami kakliza tidak ikut sebab cutinya dah tinggal sedikit] ke Kuantan untuk berkampung di Gambang Water Park Resort bersama-sama Sister In-Law kakliza yang membawa 2 orang anaknya.
Mulanya kami rancang untuk menggunakan 2 kereta kancil memandangkan SIL akan datang bercuti ke rumah kakliza dan menziarahi keluarga mertuanya di Kuala Terengganu selepas berkampung di Gambang nanti. So anak-anak akak [Azlina dan Mohd Azri] akan memandu 2 kereta mereka ke Kuantan. Tapi akhirnya Azlina mahu ke Melaka untuk mnghadiri majlis perkahwinan kawan nya pada masa yang sama so kakliza terpaksalah memandu kancil Azlina tu..manakala Azri memandu kancilnya..

Ahad yang dirancang tu kakliza telah sakan brkemas rumah dan bersiap makan utk suami [sbb dia tidak ikut] akhirnya agak penat. pada jam 12.30 tghari kakliza pun mulakan perjalanan ke Kuantan. Kami singgah dirumah Ummi Kuantan saperti yang dijanjikan [rancang dah lama ni..]





hidangan lazat yang disediakan oleh Ummi


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers