Sunday, August 24, 2008

Kaedah Bain Marie atau Steam Bake

kakliza mendapat pertanyaan [tapi tak ingat siapa..sori yer..] mengenai kaedah Bain Marie atau Steam Bake untuk memasak/bakar kek terutamanya kek keju..

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek2 yang lembut seperti custard atau sous yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheesecake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak
1. Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air

2. Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air.

3. Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau saperti arahan pada resepi kek.

4. Bakar/masak mengikut arahan resepi.

5. Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa
jam.




[sumber gambar dari Channel2004 > TQ so much... ]

5 comments:

Mulan said...

eiyy.. nak makan je cheesecake tu. leceh la nak buat..

MamaFaMi said...

Terima kasih Kak Liza kerana make an effort nak tepek maklumat berguna ni..
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat akak sekeluarga.
Seronok jumpa akak hari tu, walaupun seketika cuma...

Qalesha said...

salam kak liza, bleh tak nk request kat akak japanese cotton ciskek?

zue said...

Kalau kek coklat kukus kita gunakn teknik steam bake...nk bkar pd suhu berapa n bo min..n api nk guna atas bwh ke kat oven tu...harap dpt mmbntu

zue said...

Kalau kek coklat kukus kita gunakn teknik steam bake...nk bkar pd suhu berapa n bo min..n api nk guna atas bwh ke kat oven tu...harap dpt mmbntu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers