Saturday, August 23, 2008

Wedding Fazlin & Anwar

pada 08.08.08 lalu kak liza hadir majlis pernikahan dan perkahwinan anak sulong sahabat baik kakliza [Nonie] iaitu Hanieza Fazlina bt Yahya dengan pasangannya Khairul Anwar bin Awang Abu Bakar di Setiawangsa..
sebagai sabahat baik yg terjalin selama 27 tahun kakliza merasakan saperti majlis perkahwinan anak sendiri pulak..
terasa sayu pulak saat dia nak bernikah...[perasan jer ... ]
maklumlah kakliza lihat dan biasa menjaga dia dari berumur 6 bulan sehinggalah sekarang..
kebetulan dia pun memanggil kakliza dan asben dgn panggilan 'mak dan ayah'..so mesra sesangat laaa...

kakliza ada amik gambar semasa majlis pernikahan yg berlansung di Masjid Setiawangsa tu tapi kakliza dah upload kat laptop ayah pengantin..
bila asben kakliza tranfer ke pc kakliza dia lupa kat mana dia saved..
pastu asben kakliza delete segala yg ada dalam thumbdrive tu..
dan malangnya thumbdrive tu pun hilang..
rasanya asben kakliza silap letak..dia terlupa...

apapun jom kita tenguk majlis kenduri yg dibuat pada Sabtu 09.08.08 lalu...



pelamin serba merah hati [maroon] dan putih


2 pohon pahar bunga telur yg kakliza buat dari umah [Kerteh]


kek pengantin yg hasilkan oleh Misliha Cake ..sedap dan cantik..tak rugi menempah...

makanan yg dihidangkan ..ditempah dari Awang Catering..sedap tau...dan yg penting murah ...

pengantin baru yg sungguh menawan dan lembut budi bahasa...

1 comment:

Kak Elle said...

kakliza bunga paha tu cute lah..stand nya buat sendiri eh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers