Thursday, January 31, 2013

Cerita Baru

Salam buat adik-adik yang bertamu ke blog kakliza..

       maaf kakliza pinta kerana membiarkan blog ini sepi tanpa cerita begitu lama..
semenjak bulan Oktober 2012 lalu kakliza memang agak sibuk sungguh dengan demo masak seluruh Malaysa yang mana kakliza asyik kembara sana sini.
juga aktibiti foto-shooting masak untuk buku baru di Kuala Lumpur yang mana harus menyiapkan masakan sebanyak 92 menu..
tambahan pula banyak manuskrip masakan yang perlu diedit sebelum diberikan untuk dicetak..
diikuti dengan kerosakan hard-disk komputer kakliza yang menyebabkan mood untuk menulis diblog menurun..

fuhhh..memang tersangat padat jadual dan tugasan kakliza..

untuk ketika kembara untuk demo masak itu anak-anak yang sekolah dijaga oleh kakaknya [anak dara kakliza] yang sedang dalam tempuh 'cuti tanpa gaji'...tetapi kini dia telah masuk kerja di Cyberjaya ..so kakliza telah kehilangan baby-sitter yang boleh masak..driving..adik-adik..

                                                        
untuk perancangan seterusnya kakliza baru saja selesai foto-shooting 30 masakan pelbagai negeri dalam tempuh 5 hari..
ada kalanya shooting itu sehingga 2.00 pagi memandangkan masakan yang kakliza buat tu banyak bahan yang perlu di masak kerana kongsep langkah demi langkah..
antara menu adalah kuih Tahi Itik..

memang memenatkan sungguh terutamanya umur kakliza bukanlah muda remaja belia untuk aktibiti lasak begini..
sekarang tengah editing manuskrip pula...

kakliza akan buat Demo Masak untuk Februari 2013..
1. 7 Februari 2013 [Khamis] jam 10.00 - 11.30 pagi di Stesyen Minyak Petronas Marang Terengganu

2. 19 Februari 2013 [Selasa] jam 8.30pagi - 1.30 tengahari di Kolej Komuniti Kemaman [Cupcakes]

3. 23 Februari 2013 [Sabtu] jam 4-6 petang Ekspo Buku Islam 6 di Putrajaya

4. 26 Februari 2013 [Selasa] jam 11pagi -1 tengahari Universiti Malaysia Terengganu

Jika ada kelapangan kakliza berbesar hati ingin menjemput adi-adik ketempat yang kakliza senaraikan itu..
biasanya kakliza buat demo masak nasi banyak..bolehlah kita menjamu selero...

7 comments:

ain mahsuri ismail said...

wah. sibuknya memasak. hehe. mintak izin nak follow sini. ^^

http://ainmahsuri.blogspot.com/

m.u.l.a.n said...

ok nanti free kita makan2 lagi...

Fifian said...

ok nextttt.. hehee..

hanieliza's cooking said...

ain mahsuri ismail..
boleh saja follow..no problemo..

m.u.l.a.n
beressss...

Fifian..
cominggggg..comingggg.. :-D

Mamasya said...

Aslmkum k.Liza
bertambah sibuk k.Liza...moga semuanya berjalan dg lancar dan k.liza terus success.

~AtiQaH~ said...

salam.... demo kat uni m'sia tganu tu tuk program apa.... sy belajar kat sana, mana tau bleh g ke....

Eyda Teoh said...

Peminat setia kak Liza dari forum Cari...ada kelapangan jemput la ke blog saya

http://sweetida.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers