Sunday, May 29, 2011

Kursus Nasi siri 2 d Kemasik



Salam buat semua..
sekarang musim cti sekolah..
biasanya pagi Jumaat tu kakliza dah sampai kat kampung suami membawa anak-anak bercuti d rumah mertua di Anak Bukit, Alor Setar tetapi kali ni jadual kakliza membuat Kursus jangkapendek begitu rancak sekali...

mulai Jumaat semalam kakliza menghabiskan Kursus hari ketiga bersama wanita di Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman ..kami membuat 12 jenis biskut..resepi bonus jer rasanya ada 3 atau 4 ...semuanya gembira..tapi akak lembek kepenatan..

semalam anak ketiga balik ke Penang..mula masuk sem baru..raya nanti baru jumpa..
sedih gaklah..cuma tak leleh macam dolu-dolu masa anak-anak baru meninggalkan kakliza kat rumah bila mereka masuk U..
kakliza rasa itulah perasaan ibu lain agaknya bila berjauhan dengan anak-anak...

hari ini dan 2 hari lagi kakliza kan menghabiskan masa bersama wanita Kemasik pula dalam kursus Nasi siri 2..[group kedua]..
kali ini kakliza akan ajar buat 15 resepi yang terdiri dari..

Tuesday, May 24, 2011

Cekgu Hanieliza



Salam buat semua...
Untuk pengetahuan semua yang tertanya-tanya mengapa kakliza lama tak celoteh atau tulis apa aktibiti kakliza, biar kakliza terangkan serba sedikit...


sekarang ni kakliza tersangatlaaa bizi kerana kakliza telah bekerjasama dengan pihak Kolej Komuniti cawangan Kemaman bertempat di Kijal untuk mengendalikan kursus masakan atau baking [kek..biskut..pastri] dan segala yang berkaitan dengan masakan..




biasanya kakliza akan buat 1 kursus masakan untuk jangka pendek yang mnengambil masa selama 20 jam dibahagikan pada 3 hari...
peserta adalah terdiri dari penduduk kampung sekitar Kerteh/Kijal/Kemasik/Kemaman...
hanya 20 -25 peserta sahaja untuk 1 kursus...
tempat kursus biasanya yang berhampiran dengan peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur..
bayaran yang dikenakan adalah murah..HANYA RM20.00 sahaja....
1 kursus biasanya kakliza akan buat samada 12 atau 15 resepi/menu masakan...
walaupun biasanya hanya demo tapi kakliza suka peserta ambil bahagian...supaya mereka boleh praktiskan segala yang dipelajari terutama dalam masakan kek..biskut dan jenis-jenis kueh...

saperti biasalah kakliza akan buat masakan untuk membolehkan semua peserta dapat merasa dengan gembira apa yang mereka masak...
selain dari dapat makan apa diajarkan ditempat belajar, kadangkala boleh tapau bawa balik lagi..



setakat ini Alhamdulillah mereka sangat berpuashati dan gembira dengan kursus yang kakliza buat sampaikan kebanyakan mereka akan berulangkali mengikuti apa sahaja kursus masakan yang kakliza buat..

Alhamdulillah juga kerana keluarga kakliza turut membantu dalam persediaan kursus saperti suami kakliza akan tolong membuat booklet resepi yang betul cantik [siap dengan gambar masakan yang bewarna], menyiapkan tempat kursus..buat susunan display presentation dalam komputer..menolong kemas tempat kursus setelah siap habis kursus...

apa yang kakliza harapkan adalah peserta kursus, pihak Kolej Komuniti Kemaman dan Kuala Terengganu semua berpuashati dengan yang kakliza lakukan...


kakliza teringat masa habis belajar dulu Allahyarham ayahda kakliza ada mmeminta kakliza suapaya jadi cekgu, tapi kakliza agak keberatan nak jadi cekgu sebab kakliza x suka ajar pelajaran akademik..juga semasa kakliza baut Haji [di Mina] jemaah haji ada memanggil kakliza cekgu..akhirnya kakliza jadi juga cekgu..dipanggil juga cekgu...
kiranya tertunai juga hasrat Allahyarham ayahda kakliza untuk kakliza dipanggil cekgu walaupun hanya mengajar masakan....
Alhamdulillah....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

kkliza ingin mengucapkan....



pada semua guru-guru yg mengajar kak liza
[Noorliza binti Kamarudin] di Kuala Lumpur dan Melaka dan juga anak-anak kakliza [ 5 orang] di Tadika An-Nur, Kerteh, Tadika Petronas, Sek. Keb. Rantau Petronas dan Sek. Men. Rantau Petronas, Kerteh yang telah menjadikan 3 anak kkliza berjaya sampai ke IPTA dan juga anak ketiga mendapat tempat di MRSM Alor Gajah Melaka..
manakala 1 orang anak di SMK Rantau Petronas dan yang bungsu di SK RAntau Petronas Kerteh...


sesungguhnya jasa mereka mendidik kakliza dan anak-anak kakliza amat dihargai...
apapun kakliza amat berterimakasih atas jasa mereka....




Pssssssst...
kakliza pun cekgu juga sekarang ni...
Cekgu Masak....

Alhamdulillah..tercapai juga cita-cita Allahyarham ayahda kakliza yang teringin kakliza dipanggil Cekgu yang mana semasa hayatnya pernah memberi usul kakliza jadi cekgu tetapi kakliza menolak permintaannya..

dan juga berkat panggilan Jemaah Haji di Mina [semasa kakliza menunaikan Haji tahun 2003] yang sentiasa memanggil kakliza Cekgu sebab mereka tak kenal kakliza ni siapa...

Thursday, May 12, 2011

BIZI sungguh...



As-salam...
kakliza mohon berbanyak maaf kerna lama sungguh tidak menulis di blog kesayangan kakliza ni kerana tugasan kakliza sekarang ni bertambah banyak..
mahu rasanya pinjam tangan Cik Sotong untu menolong tapi apakan daya...hanya mampu bercakap dan angan saja...
sebenarnya kakliza sekarang terlibat jadi tenaga pengajar Kelas Masakan bersama Kolej Komuniti Kemaman yang bertempat di Kijal [jalan lama]
kakliza mengajar Kursus Jangka Pendek selama 3 hari [20 jam] untuk penduduk kampung disekitar Kemaman, Kijal, Kemasik, Kerteh dan Paka..
biasanya sebelum kelas kakliza akan sediakan kertas kerja dari segi bahan resepi dan peralatan serta persiapan tempat mengajar.
Kakliza dibantu oleh suami yang akan menolong sediakan slide presentation dan nota resepi untuk 20 - 25 peserta...Alhamdulillah...
Buat masa ini jadual Kursus yang kakliza akan buat agak banyak dan hanya melibatkan kawasan sekitar Kemaman sahaja kerana tarikh telah kakliza susunkan.

Kolej Komuniti Kuala Terengganu pun juga susunkan jadual kelas untuk kakliza mengajar di kawasan Kuala Terengganu...Alhamdulillah...

Untuk yang ingin mengikut kelas masakan/pastri kakliza boleh sahaja hubungi Koleh Komuniti Kemaman [Kijal] 09-8599330 [waktu pejabat saja]
tapi kakliza bukan kerja di opis situ yer..
ramai yang salah anggap menalipon situ untuk bercakap dengan kakliza...
Nombor situ hanya untuk pendaftaran kelas kursus sahaja..
jadi kakliza harap tiada lagi panggilan untuk bercakap dengan kakliza disitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers