Tuesday, April 20, 2010

Mencari Editor Buku Masakan dan DIY Wanita

Assalamualaikum adik-adik sekelian..
semoga sentiasa berada dalam kegembiraan dan keberkatan Allah SWT..

kakliza mendapat emel dari editor PTS meminta mengiklankan jawatan Editor Buku Masakan dan DIY Wanita..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saudara dan saudari, teman-teman penggemar resipi.

Pertamanya saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya adalah Mohd Ikram Wazir. Saya adalah Pengurus Penerbitan bagi Unit PTS Millennia Sdn. Bhd. Kami menerbitkan buku Resipi bagi pasaran buku Malaysia. Kami juga menerbitkan buku DIY wanita. Antara buku yang sudah kami terbitkan adalah seperti berikut

Kini, kami membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sebagai editor untuk buku masakan dan DIY Wanita.

Ciri Calon yang kami cari adalah seperti berikut:

1. Kelulusan minimum adalah diploma.

2. Orang muda, baik lelaki ataupun perempuan, usia sebaiknya di bawah 30 tahun.

3. Suka memasak, sukakan resipi ataupun ada passion mengenai resipi dan DIY Wanita.

4. Pandai bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja dan para penulis.

5. Suka bermain-main dengan idea-idea baru.


Jika ada yang berminat ataupun ada kenalan yang berminat, kami mempelawa untuk menghantarkan resume secepat mungkin. Sesi interview akan dibuat sebelum penghujung bulan April dan jika sesuai, kemasukan terus pada 1 Mei 2010.

Resume itu boleh dihantar terus kepada saya di emel ikram@pts.com.my

Saya akan menunggu emel daripada sesiapa sahaja yang berminat.

kesudian dan kerjasama saudara dan saudari untuk membaca emel ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalammualaikum.

--
Himpun koleksi 12 buku agama bestseller PTS!
Diskaun 25%. Beli online di www.bookcafe.com.my/agama
--
MOHD IKRAM WAZIR
Pengurus Penerbitan
PTS Millennia Sdn. Bhd.
No 12 & 12A, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

7 comments:

Fiza Nordin said...

dah lebih umo... hehehee

MamaFaMi said...

Akak, kita kan, syarat nombor 2 je dah kantoi! Hahaha....

dayang_jack said...

bestnya tawaran ni...tapi kte pun dh terlebih umur kak...hehe

ZaiY said...

terlebih umor klu x, teringin jugak..nape yg tua2 dia takmo, takut tak nmpak ke? ahakkkss..

fiza said...

salam kak,
kalo part time boleh tak?
rumah saya pon x jauh dr bt caves tuh...;)

"MULAN" said...

ya betol... kantoi kat syarat no 2..

Dia Antara said...

salam.. akak saya adalah graduan ijazah penulisan artisik dan saya dalam proses mencari kerja sebagai editor.. saya baru terbaca tentang tawaran kerja ni.. masih sempatkah saya menghantar resume?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers