Friday, May 16, 2008

Serimuka Pelangi



Bahan Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Bahan Atas [Lapisan Pelangi]
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisan seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

3 comments:

cikMilah said...

Cantiknya..comei nampak! Thanks for sharing KakLiza, chek nak buat ni, jamu orang mai meminang anak penakan.

Anonymous said...

Kak, berapa sukatan bahan kalau nak buat untuk 3 orang makan je?

Ummieam said...

KAK LIZA,SABTU LEPAS DAH TRY RESEPI NI. TAPI NAPE LAPISAN PERTAMA SELEPAS PULUT TU MACAM MASUK DLM PULUT ERK...SEMEMH LA SAYA BUAT..TAK CANTIK CAM KAK LIZA....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers