Showing posts with label Biskut/Kukis. Show all posts
Showing posts with label Biskut/Kukis. Show all posts

Friday, September 12, 2008

Biskut Raya for Sale

aha...jangan terperanjat atau terkejut atau apa-apa yg sewaktu dengannya...
kakliza ingin sampaikan berita baik pada sesiapa yg takder masa nak uli..gentel biskut raya tahun ini..
oleh kerana kakliza terliur dengan kejelitaan dan resume/komen yg diberikan dalam Biskut Raya Syerah Omar so kakliza dengan sukahati mengorder biskut dari Syerah..
kakliza pernah jumpa Syerah ni semasa kakliza mengikut asben kakliza join helikopter dan kapalterbang kontrol di Taiping..
kebetulan asben Syerah pun minat toy ni dan kami bertemu disana..

berbalik kisah biskut raya Syerah ni ...
dia menyediakan 2 jenis biskut raya iaitu ..



biskut almond london [1 balang RM20 + postage ditanggung sendiri]
kakliza dah rasa..mmg tak rugi membeli..rangup dan kewangian butter begitu terserlah...



biskut tat nenas [gulung] [1 balang RM18 + postage ditanggung sendiri]
kulit tat wangi rasa butter dan intinya mmg terasa masam sehingga rasa nak makan sampai habis 1 balang..


disediakan dalam balang yg comel dengan gambar puterinya..

untuk maklumat selanjutnya boleh rujuk pada Biskut Raya Syerah Omar

setakat ini kakliza dah order 12 balang tetapi bila kakliza tunjukkan pada kawan2 di Kerteh..kakliza terpaksa tambah lagi order sebanyak 12 balang..

cepat..cepat..jangan lambat..nanti terlepas peluang merasa biskut yg sedap ni...

Sunday, September 07, 2008

Biskut Chocolate Crunch



CHOCOLATE CRUNCH

Bahan

250 g coklat masakan
50 g cocoa-butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g cocoa crunch atau cornflake [ramas/hancurkan sikit]
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan coklat masakan secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan cocoa-butter. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manik warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, March 20, 2008

Butter Cookies


BUTTER COOKIES

Bahan

135 gm butter
60 gm gula kastor
150gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Cara
1. Pukul butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Masukkan adunan dalam piping bag rosette [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.
5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, January 29, 2008

Biskut Sarang Semut

kak liza mmg suka buat biskut ni..
senang ..sedap dan cepat siap..and of kos laaa cantik..comel...
selalunya kakliza mmg buat banyak untuk jualan dan juga buah tangan untuk mertua...






BISKUT SARANG SEMUT

Bahan

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, January 25, 2008

Tat Keju Blueberry [Blueberry Cheese Tart]


Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum [ayakkan]

Filling
250 gm blueberry filling

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul rata semua bahan]

Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.

Blueberry Cheese Tart

Ingredients
125 gm butter
125 gm margerine
100 gm castor sugar
1 egg [B]
500 gm flour [sieved]

Filling
250 gm blueberry filling

Cheese Cream
250 gm philidephia cheese cream
50 gm butter
50 gm castor sugar
[Beat well all the ingredients]

Method
1. Beat well butter, margerine and sugar.
2. Add in the egg and stir well.
3. Add in flour little by little.
4. Press into the tart mould and bake in the pre-heat oven at 170'C for 12 - 15 minutes.
5. Take out the tart nand scoop blueberry fillinf and cheese cream.
6. Bake another 5 minutes.
7. Keep cool and serve.

Thursday, January 24, 2008

Biskut Badam


Bahan
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Sunday, January 20, 2008

Biskut Almond Sweeties


Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Biskut Almond London



Bahan – bahan

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan tepung jagung ]
1/2 cawan tepung naik sendiri ] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Wednesday, January 16, 2008

Biskut Oren

Kak Liza suka sungguh cookies atau kek berasaskan oren.. kira fanatiklaa kannnnn..



BISKUT OREN

Bahan
250 g butter
130 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]

Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad

Cara
1. Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers