Sunday, May 25, 2014

GULAI BEREMPAH KUNYIT LENGKUAS IKAN

Bahan A
500 gram ikan tenggiri
1 paket (35g) rempah gulai cap bunga rose
2 cawan santan 
1 batang timun (dibangkan tengah dan potong kecil)
3 keping asam gelugor
10-15 biji belimbing buluh
5 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
5 biji cili merah
10 biji ciliapi
1 inci lengkuas
1 inci kunyit 
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar dan rempah gulai sehingga naik/pecah minyak.
2. Masukkan santan dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, asam gelugor, timun dan garam. Biarkan mendidih lagi dan agak pekat.
4. Masukkan belimbing buluh dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.

TIP 
Boleh tambahkan kacang panjang jika suka

Tuesday, April 22, 2014

Salam dari Kak Liza

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...sudah sekian lama menyepi..Allah berikan kekuatan untuk kakliza menulis dan berceloteh semula...
dipendekkan cerita..
Alhamdulillah kakliza baru saja sihat dan berdaya untuk membuat rutin harian semula setelah letih dan batuk yang berlarutan berikutan kakliza baru sahaja pulang dari membuat umrah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah pada 2 - 12 April 2014 baru-baru ini..
aceli ada banyak cerita tapi kakliza ringkas jer..nanti akak cerita lagi...
InshaAllah..

gembira dapat berjumpa dengan keluarga dan orang yang sentiasa memberikan semangat buat kakliza

orang kuat yang berada bersama-sama dengan kakliza

pemergian kakliza dan suami adalah  bersama-sama pemenang kempen "membeli buku 1 hari 1 resipi" Mac-Julai 2013 dan juga pemenang "membaca dan terbang umrah ramadan 2013" lalu.

takut unta tu jilat tangan akak

ruang didalam Masjidil Haram yang sangat cantik..tiada kata dapat mengambarkan keindahannya

disisi Makam Rasulullah SAW dalam ziarah selamat tinggal sebelum




 kecantikan Masjid Nabawi waktu malam

 payung diperkarangan Masjid Nabawi yang dibuka waktu siang..

 jemaah umrah di Bukit Uhud Madinah

dalam perjalanan KL - Abu Dhabi - Jeddah

 anakda yang menghantar kakliza dan suami

 pemenang yang mengiringi bersama kakliza dan suami



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers