PULUT KUNING
Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula
Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
10. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
11. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
No comments:
Post a Comment