Sunday, November 04, 2012

Demo Masak Kedai Buku 1M Pudu Sentral KL

Salam..
kakliza akan buat demo masak


 Tempat
Kedai Buku  1M Pudu Sentral Kuala Lumpur

Tarikh
10 November 2012 
[Sabtu]

Masa
11.00pagi - 1.00 tengahari 

Menu
1. Nasi Lobak Merah
2. Ayam Ungkep
3. Kerabu Ikan Bilis

Sunday, October 28, 2012

Demo Masak Ekspo Buku Islam 4

menu
1. Nasi Daging

2. Ayam Masak Ros

3. Kerabu Tempe

Friday, October 12, 2012

Demo Masak Di Perpustakaan Kemaman

Salam buat adik-adik sekelian..

kali ini kakliza menjemput adik-adik sekitar Kemaman untuk datang ke Perpustakaan Kemaman, Chukai pada esok Sabtu 13 Oktober 2012 jam 9.00pagi sehingga 12 tengahari kaerana kakliza akan membuat demo masak disitu..



 Nasi Daging

Salad Tomato

Friday, October 05, 2012

Lemak Ciliapi telur Ikan

Lemak Ciliapi Telur Ikan

Bahan-bahan
500 gram telur ikan
2 cawan santan pekat
10 biji terung telunjuk kecil
5 biji ciliapi
5 helai daun limau purut
3 batang serai [diketuk]
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Bahan Dikisar halus
15 biji ciliapi
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat
1. Basuh telur ikan. Potong kecil.
2.Masukkan bahan yang dikisar, telur ikan, terung, daun llimau purut, serai. asam gelugor dan garam ke dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4 Masukkans antan pekat dans sentiasa kacau supaya santan tidak meruap.
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Hidangkan.


Thursday, October 04, 2012

Demo Masak bersama Perpustakaan Kerteh




Untuk ahli-ahli Perpustakaan Kerteh di sekitar Kerteh, Kemasik jangan lepaskan peluang... 

PERCUMA..

Tuesday, October 02, 2012

Silent Reader

Salam..
bertemu lagi setelah sekian lama menyepi...bukan.merajuk tetapi amat bizi dengan tugasan dan aktibiti...

minggu lalu kakliza banyak bertemu dengan silent reader dan pembeli buku di KL..
masing-masing gembira dan tidak sangka wanita yang disebelah atau dihadapannya adalah orang yang mereka lihat dalam buku masakan yang digunakan didapur..
Alhamdulillah..

 dari Paka/Terengganu

 dari Paka/Terengganu juga

 dari Bintulu/Sarawak

 dari Keramat, KL

dari Nilai, Neg. Sembilan
ini adalah sebahagian yang sempat suami kakliza ambil gambar...
selainnya mereka yang simpan gambar kakliza...
heheheheh..soriii...

Monday, October 01, 2012

Kerabu Halia Muda



KERABU HALIA MUDA

Bahan
100 gram halia muda
100 gram ikan bilis [dibelah 2]
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
1 pokok daun bawang [dipotong kecil]
1 sudu besar lada hitam [dikisar kasar]
Garam secukup raasa

Cara Membuat
1. Halia muda dibuangkan kulit dan hiris halus
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Tuskan.
3. Bawang besar dan cili merah dihiriskan.
4. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, September 24, 2012

Demo Masak di Pahang


Tarikh : 29 September 2012

Hari 
: Sabtu

Masa : 
1.00 - 3.00 petang

Tempat : Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.


Menu : 

                       


1. Nasi Serai [buku 50 Resepi Penambat Selera]

 
  2. Pangek Daging [buku Warisan Masakan Berkuah]


3. Kerabu Timun [buku Warisan Kerabu] 


Wednesday, September 19, 2012

Demo masak di Kelang

Demo Masak @ POPULAR Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang

 

Kali ini kakliza akan berdemo masak di sini ..jommm kesana...


Tarikh : 22 September 2012

Hari 
: Sabtu

Masa :
2.30 - 4.30 petang
 
 Tempat : Kedai Buku POPULAR
              Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang.
 
 Menu : 


 




     

Monday, September 17, 2012

Nasi Tomato Jagung Lobak merah

Fuh..panjangnya nama resipi...
kakliza masak nasi ni gara-gara nak habiskan bahan tomato, jagung dan lobak merah yang ada baki dari demo masak di Kampung Air Putih, Kemaman anjuran Perpustakaan Kemaman baru-baru ini..

jom kita tenguk apa bahannya...

NASI TOMATO JAGUNG LOBAK MERAH

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati
[kakliza gunakan beras basmati extra long]
4 biji tomato ]
7 cawan air ] dikisar
1 cawan jagung
1 batang lobak merah [dipotong kecil]
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun pandan [disimpul]

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] dihiris
1 labu bawang besar ]
1 inci halia ]
1 batang serai [di ketuk]
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuat:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan tomato yang telah dikisar, susu cair, gula, garam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, jagung dan lobak merah. Masakkan sehingga kering air.
5. Pindahkan nasi kedalam periuk kukusan dan masakkan selama 30 minit.
6. Gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, September 14, 2012

Aktiviti Demo Masak Bersama Perpustakaan Kemaman

Semalam kakliza telah dijemput untuk mengadakan demo masak di Perpustakaan Desa Kampung Air Putih, Kemaman sejauh 51km dari Kerteh [rumah kakliza] anjuran Perpustakaan Kemaman, Terengganu.
Kakliza ingat kakliza pernah datang ke kampung ni pada 15 tahun lalu kerana mengikuti anak sulung kakliza dalam elspedisi berbasikal dan camping di jeram sini..ada sungai..bestnyaaa..





Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan meriah sekali..
menunya adalah Nasi Arab..Daging Goreng Lada Hitam dan Kerabu Tomato..

Terimakasih kakliza ucapkan atas jemputan dan cenderahati dari Perpustakaan Kemaman, Terengganu. Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi...


Selepas selesai majlis kakliza ambil kesempatan berjalan melihat kampung..ada sungai..jernah dan cetek jer airnya..
seronoknya jika dapat berkelah dan mandi sini tapi nampaknya orang kampung ni tak kisah pun nak buat gitu...

Kerabu Daun Selom


KERABU DAUN SELOM

Bahan A

1 ikat daun selom [dihiris halus]
1 labu bawang besar [dihiris]
½ cawan kelapa muda
3 biji limau kasturi [diambil jus]

1 sudu makan minyak masak

Bahan B [Dikisar]
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
2 sudu makan udang kering

Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kelapa dan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selom dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.

Tuesday, September 11, 2012

Demo Masak Bersama Perpustakaan Kemaman

Jika adik-adik tiinggal sekitar Kemaman ata Bandar Baru Cheneh jom kita...




Monday, September 10, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Salam..
lama tak menulis..bercerita..
almaklumlah bizi sokmo...

tugasan sebagai isteri, ibu harus dibuat..tetapi kadangkala angin malas lebih banyak dari angin rajin..
jadi nak masak pun buat yang senang jer..
pendek cerita kita amsak yang sempoi..cepat tapi sodap....

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan

1 ekor ayam
10 tangkai kacang panjang [dipotong pendek]
2 biji tomato [dipotong kecil]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Bahan Tumis [dihiris]

3 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi

Cara Membuatnya
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tos kering.
2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam dengan ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis.
4. Gorengkan sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing.
5. Masukkan bawang besar dan tomato. kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Nota.
Jika mahukan lebih pedas boleh tambahkan ciliapi yang ditumbuk kasar.



Friday, August 31, 2012

Ayam Bakar Berempah

hari ini kakliza berada di rumah anak sulong kakliza d Mutiara Damansara..tetapi anka kakliza terpaksa ke Cameron Highland bersama iparnya kerana mereka dah booked apaprtment disana sebelum kakliza plan nak ke KL..

kakliza berada d KL kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kakak angkat kakliza esok Sabtu di Shah Alam dan Isnin pula kakliza ada rakaman dengan TV3..

Oleh kerana kakliza berdua saja dengan suami..rasa malas nak keluar tu menebal sikit..so masak apa yang ada jer dalam petisejuk dan dapur anak..


AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 2o -30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].


Wednesday, August 29, 2012

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian

Sempena dengan Bookfest 2012 yang dibuat oleh POPULAR Bookstore di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 - 26 Ogos 2012 baru-baru ini kakliza telah diundang untuk hadir majlis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - Berita Harian pada 25 Ogos 2012 [Sabtu] jam 2 petang d Plenary Theatre, Tingkat 3 KL Convention Centre.



Majlis berlansung dengan meriah sekali dimana semua calun-calun buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen diperkenalkan diatas pentas majlis. Berseri-seri wajah mereka semua.

Diakhir pengumuman POPULAR telah memberikan Anugerah Penghargaan pada kakliza atas jualan melebihi 100000 Naskah buku 1 Hari 1 Resipi..

Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana setelah sekian lama bersusah payah kesana kesini meninggalkan keluarga untuk membuat promosi jualan dan demo masakan bersama POPULAR Bookstore jualan telah mencapai sasaran..

semoga kami akan dapat mencapai sasaran jualan sehingga 200000 naskah pula...
InsyaAllah...

Tuesday, August 28, 2012

Majlis Anugerah Berlian PTS atas Jualan Melebihi 100000 Naskah Buku 1 Hari 1 Resipi

ALHAMDULILLAH....
setelah berusaha sekian lama...
bersama PTS Media Group dan POPULAR Bookstore akhirnya berjaya mencapai sasaran 100000 naskah terjual..

jemputan ke Majlis


dengan banner majlis


bersama Puan Chairman PTS


bersama Puan Chairman PTS Puan Ainon Mohd dan
anakdanya CEO PTS Tuan Arief Hakim Sani


hadiah yang tiada ternilai


bersama orang kuat PTS dan POPULAR Bookstore



bersama orang yang sentiasa menyokong
dan pengkritik tegar..suami tercinta


Sunday, August 12, 2012

BISKUT BEBOLA KACANG HAZEL


Bahan A

200 gram mentega

50 gram lemak sayuran [shortening]

160 gram gula kastor

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla

150 gram kacang hazel (Dikisar)

260 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung


Bahan B (Hiasan)

100 helai acuan kertas

500 gram coklat masakan

200 gram coklat putih

70 gram cocoa butter


Cara Membuat

1. Gaulkan mentega, lemak sayuran dan gula sehingga lembut dan sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.

3. Masukkan kacang hazel dan tepung, gaulkan lagi.

4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susunkan di dalam loyang

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 10 minit

6. Bakar selama 20 minit ataupun masak. Sejukkan di dalam loyang.

7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.

8. Gunakan penyepit kecil dan celupkan biskut. Masukkan biskut dalam acuan kertas.

9. Hiaslah dengan coklat putih yang telah dicairkan secara doubler juga.

10. Lorekkan hiaskan diatas coklat tadi.

11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.


Saturday, August 11, 2012

DEMO KEK & PUDING lagi...


Oleh kerana sambutan tersangat baik sekali [meriah sungguh] dalam Demo Kek dan Puding anjuran Perpustakaan Kerteh pada Sabtu 4 Ogos 2012 baru-baru ini, Perpustakaan Kemaman juga menjemput kakliza untuk berdemo disana..
Alhamdulillah..

Untuk orang-orang Kemaman...JOM ramai-ramai kita ke sana....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers