kakliza akan buat demo masak
Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Sunday, November 04, 2012
Demo Masak Kedai Buku 1M Pudu Sentral KL
kakliza akan buat demo masak
Sunday, October 28, 2012
Friday, October 12, 2012
Demo Masak Di Perpustakaan Kemaman
kali ini kakliza menjemput adik-adik sekitar Kemaman untuk datang ke Perpustakaan Kemaman, Chukai pada esok Sabtu 13 Oktober 2012 jam 9.00pagi sehingga 12 tengahari kaerana kakliza akan membuat demo masak disitu..
Friday, October 05, 2012
Lemak Ciliapi telur Ikan
Bahan-bahan
500 gram telur ikan
2 cawan santan pekat
10 biji terung telunjuk kecil
5 biji ciliapi
5 helai daun limau purut
3 batang serai [diketuk]
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
Bahan Dikisar halus
15 biji ciliapi
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
Cara Membuat
1. Basuh telur ikan. Potong kecil.
2.Masukkan bahan yang dikisar, telur ikan, terung, daun llimau purut, serai. asam gelugor dan garam ke dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4 Masukkans antan pekat dans sentiasa kacau supaya santan tidak meruap.
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Hidangkan.
Thursday, October 04, 2012
Tuesday, October 02, 2012
Silent Reader
bertemu lagi setelah sekian lama menyepi...bukan.merajuk tetapi amat bizi dengan tugasan dan aktibiti...
minggu lalu kakliza banyak bertemu dengan silent reader dan pembeli buku di KL..
masing-masing gembira dan tidak sangka wanita yang disebelah atau dihadapannya adalah orang yang mereka lihat dalam buku masakan yang digunakan didapur..
Alhamdulillah..
selainnya mereka yang simpan gambar kakliza...
heheheheh..soriii...
Monday, October 01, 2012
Kerabu Halia Muda
Monday, September 24, 2012
Demo Masak di Pahang
Tarikh : 29 September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 1.00 - 3.00 petang
Tempat : Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.
Menu :
1. Nasi Serai [buku 50 Resepi Penambat Selera]
2. Pangek Daging [buku Warisan Masakan Berkuah]
3. Kerabu Timun [buku Warisan Kerabu]
Wednesday, September 19, 2012
Demo masak di Kelang
Demo Masak @ POPULAR Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang
Tarikh : 22 September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Monday, September 17, 2012
Nasi Tomato Jagung Lobak merah
kakliza masak nasi ni gara-gara nak habiskan bahan tomato, jagung dan lobak merah yang ada baki dari demo masak di Kampung Air Putih, Kemaman anjuran Perpustakaan Kemaman baru-baru ini..
jom kita tenguk apa bahannya...
Bahan-Bahan
5 cawan beras basmati
[kakliza gunakan beras basmati extra long]
4 biji tomato ]
7 cawan air ] dikisar
1 cawan jagung
1 batang lobak merah [dipotong kecil]
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun pandan [disimpul]
Bahan Tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] dihiris
1 labu bawang besar ]
1 inci halia ]
1 batang serai [di ketuk]
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Membuat:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan tomato yang telah dikisar, susu cair, gula, garam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, jagung dan lobak merah. Masakkan sehingga kering air.
5. Pindahkan nasi kedalam periuk kukusan dan masakkan selama 30 minit.
6. Gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan.
Friday, September 14, 2012
Aktiviti Demo Masak Bersama Perpustakaan Kemaman
Kakliza ingat kakliza pernah datang ke kampung ni pada 15 tahun lalu kerana mengikuti anak sulung kakliza dalam elspedisi berbasikal dan camping di jeram sini..ada sungai..bestnyaaa..
menunya adalah Nasi Arab..Daging Goreng Lada Hitam dan Kerabu Tomato..
seronoknya jika dapat berkelah dan mandi sini tapi nampaknya orang kampung ni tak kisah pun nak buat gitu...
Kerabu Daun Selom
KERABU DAUN SELOM
Bahan A
1 ikat daun selom [dihiris halus]
1 labu bawang besar [dihiris]
½ cawan kelapa muda
3 biji limau kasturi [diambil jus]
1 sudu makan minyak masak
Bahan B [Dikisar]
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
2 sudu makan udang kering
Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kelapa dan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selom dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.
Tuesday, September 11, 2012
Monday, September 10, 2012
Ayam Goreng Kunyit
lama tak menulis..bercerita..
almaklumlah bizi sokmo...
tugasan sebagai isteri, ibu harus dibuat..tetapi kadangkala angin malas lebih banyak dari angin rajin..
jadi nak masak pun buat yang senang jer..
pendek cerita kita amsak yang sempoi..cepat tapi sodap....
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan
1 ekor ayam
10 tangkai kacang panjang [dipotong pendek]
2 biji tomato [dipotong kecil]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak
garam secukup rasa
Bahan Tumis [dihiris]
3 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
Cara Membuatnya
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tos kering.
2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam dengan ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis.
4. Gorengkan sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing.
5. Masukkan bawang besar dan tomato. kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Nota.
Jika mahukan lebih pedas boleh tambahkan ciliapi yang ditumbuk kasar.
Friday, August 31, 2012
Ayam Bakar Berempah
kakliza berada d KL kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kakak angkat kakliza esok Sabtu di Shah Alam dan Isnin pula kakliza ada rakaman dengan TV3..
Oleh kerana kakliza berdua saja dengan suami..rasa malas nak keluar tu menebal sikit..so masak apa yang ada jer dalam petisejuk dan dapur anak..
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.
Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 2o -30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].
Wednesday, August 29, 2012
Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian
Majlis berlansung dengan meriah sekali dimana semua calun-calun buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen diperkenalkan diatas pentas majlis. Berseri-seri wajah mereka semua.
Diakhir pengumuman POPULAR telah memberikan Anugerah Penghargaan pada kakliza atas jualan melebihi 100000 Naskah buku 1 Hari 1 Resipi..
Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana setelah sekian lama bersusah payah kesana kesini meninggalkan keluarga untuk membuat promosi jualan dan demo masakan bersama POPULAR Bookstore jualan telah mencapai sasaran..
semoga kami akan dapat mencapai sasaran jualan sehingga 200000 naskah pula...
InsyaAllah...
Tuesday, August 28, 2012
Majlis Anugerah Berlian PTS atas Jualan Melebihi 100000 Naskah Buku 1 Hari 1 Resipi
Sunday, August 12, 2012
BISKUT BEBOLA KACANG HAZEL
Bahan A
200 gram mentega
50 gram lemak sayuran [shortening]
160 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150 gram kacang hazel (Dikisar)
260 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
Bahan B (Hiasan)
100 helai acuan kertas
500 gram coklat masakan
200 gram coklat putih
70 gram cocoa butter
Cara Membuat
1. Gaulkan mentega, lemak sayuran dan gula sehingga lembut dan sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.
3. Masukkan kacang hazel dan tepung, gaulkan lagi.
4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susunkan di dalam loyang
5. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar selama 20 minit ataupun masak. Sejukkan di dalam loyang.
7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.
8. Gunakan penyepit kecil dan celupkan biskut. Masukkan biskut dalam acuan kertas.
9. Hiaslah dengan coklat putih yang telah dicairkan secara doubler juga.
10. Lorekkan hiaskan diatas coklat tadi.
11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.