Monday, September 24, 2012

Demo Masak di Pahang


Tarikh : 29 September 2012

Hari 
: Sabtu

Masa : 
1.00 - 3.00 petang

Tempat : Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.


Menu : 

                       


1. Nasi Serai [buku 50 Resepi Penambat Selera]

 
  2. Pangek Daging [buku Warisan Masakan Berkuah]


3. Kerabu Timun [buku Warisan Kerabu] 


Wednesday, September 19, 2012

Demo masak di Kelang

Demo Masak @ POPULAR Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang

 

Kali ini kakliza akan berdemo masak di sini ..jommm kesana...


Tarikh : 22 September 2012

Hari 
: Sabtu

Masa :
2.30 - 4.30 petang
 
 Tempat : Kedai Buku POPULAR
              Jaya Jusco Bukit Tinggi, Kelang.
 
 Menu : 


 




     

Monday, September 17, 2012

Nasi Tomato Jagung Lobak merah

Fuh..panjangnya nama resipi...
kakliza masak nasi ni gara-gara nak habiskan bahan tomato, jagung dan lobak merah yang ada baki dari demo masak di Kampung Air Putih, Kemaman anjuran Perpustakaan Kemaman baru-baru ini..

jom kita tenguk apa bahannya...

NASI TOMATO JAGUNG LOBAK MERAH

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati
[kakliza gunakan beras basmati extra long]
4 biji tomato ]
7 cawan air ] dikisar
1 cawan jagung
1 batang lobak merah [dipotong kecil]
½ cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun pandan [disimpul]

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] dihiris
1 labu bawang besar ]
1 inci halia ]
1 batang serai [di ketuk]
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuat:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit. Tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan tomato yang telah dikisar, susu cair, gula, garam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, jagung dan lobak merah. Masakkan sehingga kering air.
5. Pindahkan nasi kedalam periuk kukusan dan masakkan selama 30 minit.
6. Gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, September 14, 2012

Aktiviti Demo Masak Bersama Perpustakaan Kemaman

Semalam kakliza telah dijemput untuk mengadakan demo masak di Perpustakaan Desa Kampung Air Putih, Kemaman sejauh 51km dari Kerteh [rumah kakliza] anjuran Perpustakaan Kemaman, Terengganu.
Kakliza ingat kakliza pernah datang ke kampung ni pada 15 tahun lalu kerana mengikuti anak sulung kakliza dalam elspedisi berbasikal dan camping di jeram sini..ada sungai..bestnyaaa..





Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan meriah sekali..
menunya adalah Nasi Arab..Daging Goreng Lada Hitam dan Kerabu Tomato..

Terimakasih kakliza ucapkan atas jemputan dan cenderahati dari Perpustakaan Kemaman, Terengganu. Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi...


Selepas selesai majlis kakliza ambil kesempatan berjalan melihat kampung..ada sungai..jernah dan cetek jer airnya..
seronoknya jika dapat berkelah dan mandi sini tapi nampaknya orang kampung ni tak kisah pun nak buat gitu...

Kerabu Daun Selom


KERABU DAUN SELOM

Bahan A

1 ikat daun selom [dihiris halus]
1 labu bawang besar [dihiris]
½ cawan kelapa muda
3 biji limau kasturi [diambil jus]

1 sudu makan minyak masak

Bahan B [Dikisar]
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
2 sudu makan udang kering

Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kelapa dan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selom dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.

Tuesday, September 11, 2012

Demo Masak Bersama Perpustakaan Kemaman

Jika adik-adik tiinggal sekitar Kemaman ata Bandar Baru Cheneh jom kita...




Monday, September 10, 2012

Ayam Goreng Kunyit

Salam..
lama tak menulis..bercerita..
almaklumlah bizi sokmo...

tugasan sebagai isteri, ibu harus dibuat..tetapi kadangkala angin malas lebih banyak dari angin rajin..
jadi nak masak pun buat yang senang jer..
pendek cerita kita amsak yang sempoi..cepat tapi sodap....

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan

1 ekor ayam
10 tangkai kacang panjang [dipotong pendek]
2 biji tomato [dipotong kecil]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Bahan Tumis [dihiris]

3 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi

Cara Membuatnya
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tos kering.
2. Gaulkan serbuk kunyit dan garam dengan ayam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis.
4. Gorengkan sehingga wangi dan masukkan ayam dan kacang panjang. Kacau rata sehingga ayam masak dan agak garing.
5. Masukkan bawang besar dan tomato. kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Nota.
Jika mahukan lebih pedas boleh tambahkan ciliapi yang ditumbuk kasar.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers