Tuesday, June 30, 2009

Kunyit

Semasa kakliza membuat demo masakan dengan WANITA HARI INI @ TV3..mereka membincangkan mengenai khasiat kunyit dan manjakani..
so kakliza membuat sedikit research..
rupanya banyak khasiat bahan-bahan ini yang kita tidak ketahui..


Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Melancarkan Perjalanan Darah

Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Kunyit ditanam di mana-mana. Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Kandungan kimia

Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi senyawa kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi senyawa kurkumin. Akar kunyit mengandungi pati dan getah. Minyak atsiri juga memberi aroma harum dan rasa khas pada umbinya. Kunyit mengandungi curcumin(zat berwarna kuning), turmeron, zingiberen, turmerol(minyak turmerin yang menyebabkan aroma dan wangi kunyit), lemak, pati dan damar.

Umbi akar yang berumur lebih dari satu tahun dipakai sebagai ubat (umbi akar bersifat mendinginkan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah pengentalan darah) selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan. Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal dan anti kejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai salap untuk mengubati bengkak.Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghidunya.

Berdasar perubatan tradisional cina, umbi akar kunyit digunakan ubat untuk sakit dada, perut, sakit lengan dan sakit pada saat haid serta luka luka. Kunyit dianggap sangat mujarab untuk menyembuhkan haid yang tidak teratur, melancarkan aliran darah dan melarutkan gumpalan darah.

Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh menpercepatkan monopous.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.

Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.

Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.



Monday, June 29, 2009

Cooking Demo @ WHI - TV3 [Part 2]

ni adalah sebahagian gambar sekitar cooking demo di TV3 aritu..


Monday, June 22, 2009

Cooking Demo @ TV3 [Wanita Hari Ini]


Salam..
kakliza dijemput untuk membuat Demo Masakan di TV3 dalam segmen Wanita Hari Ini pada
24 Jun 2009 [Rabu] jam 12.00 - 1.00 tengahari.


Kakliza akan memasak menggunakan bahan kunyit dalam membicarakan Masakan Ibu Bersalin.
Bagi adik-adik yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan siaran secara lansung itu bolehlah layari laman web rasmi TV3 rancangan Wanita Hari Ini On-Line

Ini adalah promosi buku resepi masakan yang kakliza tulis yang dirancangkan oleh syarikat buku PTS.com.my

kakliza akan menunjukkan masakan Steak Ikan dan Ayam Masak Kunyit Halia



Saturday, June 13, 2009

Buku Masakan




kakliza sangat gembira kerana dapat tahu 4 buah buku masakan kakliza telah siap..

kalau nak beli ngan kakliza boleh kasi emel pada kakliza..
















Salam buat adik-adik sekelian..
Harap maaf..buat masa ini buku kakliza hanya ada 4 siri [ayam, daging. ikan dan makanan laut] saja yang ada dalam simpanan..
InsyaAllah bila ada
6 siri [mungkin seminggu lagi..InsyaAllah] kakliza akan mula mengedarkannya..
kakliza akan tuliskan no akaun bank dan emel kakliza untuk memudahkan adik-adik memberikan alamat untuk diposkan..
Buat adik yang di Singapura kakliza boleh poskan tapi terpaksa mengenakan kos penghantaran ke sana yer memandangkan postage agak tinggi..
diharap maklum..

Thursday, June 11, 2009

Baking Class - Cheese Tart & Fruits Tartlet


Mohon maaf...Kelas terpaksa ditunda ke suatu masa yang lain due to kakliza kena siapkan buku resepi yang nak cepat di proseskan...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers