Saturday, February 28, 2009

Pucuk Paku Goreng Budu


Bahan
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang ]
2 s/b minyak
2 s/b budu

Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.

Mee Goreng Mamak


Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Sambal Telur


Bahan
3 biji telur
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Pecahkan telur dalam sambal dan biarka sebentar. Jangan kacau.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.

Kerabu Kacang Botol



Bahan

20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.

Pes Ikan Bakar


Bahan-bahan A

20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
5 batang serai

Bahan B
1 kuntum bunga kantan [hiriskan halus]
daun kesum
daun limau purut [koyakkan]
1 s/b gula
1 s/k garam
1/2 cawan jus asam jawa
Minyak

Cara membuat
1. Mesin halus senua bahan A.
2. Panaskan minyak dana tumiskan bahan A sehingga wangi
3. Masukkan Bahan B dan kacau rata.
4. Rasakan garam dan biarkan sehingga pekat.
5. Bila siap masak, sejukkan dan simpan sebagai pes untuk membakar ikan atau nasi goreng.

Sambal Durian


Bahan
5 biji cili merah
5 biji ciliapi
garam
durian

Cara
1. Tumbuk atau mesinkan cili dan garam.
2. Masukkan dalam pinggan dan letakkan durian
.

Roti Naan




Bahan Roti

300 gm tepung gandum ]
300 gm tepung atta ]
1 paket yeast..mauripan ]
Gaul rata
2 s/b gula kastor/halus ]
Secubit garam ]
1 biji telur
250 ml air suam
2 s/b yogurt asli
3 s/b majerin

Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dalam Bread Machine dan uli dengan setting 'basic dough'.
2. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
3. Bahagikan supaya menjadi ketulan kecil.
4. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
5. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
6. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
7. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
8. Angkat dan hidangkan dengan ayam tandoori atau kari ayam.

Puding Cendul



Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar [cap bintang]
4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara
1. Rebuskan agar dengan air dan gula sehingga mendideh.
2. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
3. Satu bahagian dipanaskan dan masukkan gula merah.
4. Kacau rata dn biarkan mendideh.
5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. Dua bahagian lagi masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

Nasi Bukhari Ayam




Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Mee Kari


Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Sotong Pedas



Bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
10 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

APAM BERAS


ini adalah apam yg kak liza perolehi dari Forum cari.com.my tetapi kak liza telah edit/modified mengikut selera kak liza...

APAM BERAS

Bahan A

1 mug tepung beras ] ayakkan

1 mug tepung gandum ]

1 1/2 mug gula

1/2 s/kecil yis mauripan


Bahan B

1 mug nasi
1 1/2 mug air

pewarna

merah.. hijau..kuning


Bahan C

kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara

1. Gaulkan bahan A sama rata.

2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.

5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam

6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.

7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.

8. Kukus selama 10 - 12 minit.

9. Bila telah amsak sejukkan.

10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.


APAM TEPUNG BERAS

Ingredients :

(A)
1 mug rice flour }
1 mug flour } sift
1 1/2 mugs sugar
1/2 teaspoon instant dried yeast

(B)
1 mug cooked rice
1 1/2 mugs water

colouring : red, yellow and green

(C)
fresh coconut, grated and mix with a bit of salt

Method :
1. Mix well (A)
2. Blend (B) in a blender.
3. Pour the liquid into (a) and mix well.
4. Divide the mixture into 3 bowls and drop a bit of coloring into each bowl.
5. Leave to ferment for 3 to 4 hours.
6. Put water in the steamer and let it boil.
7. Pour the fermented liquid into the apam cups till full (in order to make the apam 'smile' when cooked)
8. Steam for about 10 - 12 minutes.
9. Let it cool.
10. Remove the apam from the cups and eat with (C)

Kek Keju Coklat



KEK KEJU COKLAT

Bahan Base
[boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1 s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat ] ayakkan

3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]


Cara
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.



Ikan Percik



IKAN PERCIK

Bahan:

2 ekor ikan selar/kembung/bawal
2 cawan santan pekat [ 1/2 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minya da pekat.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yg telah pekat tadi.
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Whipping Cream




sumber:
http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/aising
Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Fresh Cream

kakliza dapat soalan dalam emel..
Apakah Fresh Cream? Adakah sama dengan whipping cream?

setelah mencari dan membuat penyelidikan kakliza dapati..



Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Dairy dan non dairy whipping cream, sila ke label aising atau label tip dan panduan. Ada jenis yang dibekukan dan ada yang tidak perlu dibekukan. Jika anda menggunakan jenis yang dibekukan, nyah-bekukan ia pada suhu bilik beberapa jam sebelum diputar. Krim segar hendaklah diputar dalam keadaan ia masih sejuk supaya ia mudah kembang. Tuangkan krim kedalam mangkuk adunan dan kuantitinya tidak melebihi 20 peratus dari saiz mangkuk. Ini untuk memudahkan proses mengembang.Jika dimasukkan terlalu banyak, ia akan melimpah keluar.Putar dengan kelajuan sederhana menggunakan alat whisk (bulat) sehingga kembang dan kental.Jangan terlalu lama dipukul kerana ia akan menjadi kasar,kering dan susah disapukan pada kek. Krim ini boleh dibuat filling dan juga menyalut kek. Kek yang bersalut krim segar perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.Keluarkan hanya apabila hendak dipotong. Di dalam peti sejuk, ia tahan 4 - 5 hari. Contoh kek menggunakan topping fresh cream ialah Black Forest Cake, Blueberry Cake dan sebagainya.

1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan. Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam mangkuk adunan.

2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.

3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya mudah diputar dan tidak terlalu penuh.

4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat) selama 5 minit sehingga terbentuk puncak yang lembut(berekor).

5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek dan tekstur krim menjadi kasar.

6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga ia menjadi lembut.

7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.

8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila hendak menghidang.

9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk.Kacau semula adunan apabila hendak digunakan.

10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.

11.Sebaiknya,kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim tidak mudah rosak.

sumber dari :
http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/aising

Sosej Gulung Breadcrumb


SOSEJ GULONG BREADCRUMB

Bahan

5 batang sosej ayam [potong 2]
10 keping roti sandwich [buangkan tepi..boleh smpan buat puding roti.. ]
3 biji telur [pukul]
breadcrumb
500 ml minyak

Cara
1. Gulongkan sosej dalam roti.
2. Celupkan dlam bancuhan telur.
3. Golekkan dalam breadcrumb.
4. Gorengkan dengan api sederhana.
5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

Sayur Kobis Goreng


KOBIS GORENG

Bahan

500 gm kobis manis
1 batang kecil carrot
100 gm isi ayam [hiri nipis]
3 uals bawang merah [hiris]
1 ulas bawang putih [hiris]
garam
minyak

Cara
1. Sayur dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.
3. Masukkan ayam, kobis dan carrot. Kacau rata.
4. Rasakan garam.
5. Hidangkan.

Ayam Goreng Berempah


AYAM GORENG BEREMPAH

bahan A:

1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
2 tangkai cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang besar [hiris kasar]
2 s/b sos tomato
sedikit air
daun bawang [potong pendek]
minyak
garam


Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b rempah kari ayam
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ayam dibersihkan dan perapkan dengan bahan mesin dan garam selama 1 -2 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan.
3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendideh dan agak pekat.
4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata.
5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.

Friday, February 27, 2009

Petronita Cooking Class - Nasi Beriani


Last Monday 23 February 2009 kakliza dan another 20 jelitawan Petronita menghadiri lagi Petronita Cooking Class yg dikendalikan oleh Chef Zarina dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu..
saperti biasalah kami dengan happeningnya mengikuti kelas masakan Nasi Beriani Gam dan laukpauknya dengan penuh tumpuan... walabagaimana pun oleh kerana kesuntukan masa..kelas terpaksa di sambungkan minggu hadapan..

jom kita tenguk apa yg dibuat oleh para jelitawan dihari itu..

sebahagian dari para jelitawan yg kusyuk mendengar penerangan..

antara bahan yang akan menjadi korban dalam masakan Nasi Beriani..

Dalca Sayur..akan digandingkan dgn nasi

Bahan tumis sedang ditumiskan untuk dimasukkan dalam makana dalca...kiranya dalca tumis darat la...

ayam yg digorengkan untuk amsak lauk ayam beriani..supaya ayam tak hancur..
4 jelitawan yang rajin sedang masak ayam beriani yg akan di lapiskan dalam periuk
lapikkan beberapa lapisan daun pisang dalam periuk untuk mengelakkan nasi berkerak

beras bathmati yg telah direbuskan bersama bahan tumis dan ditoskan..

masukkan beras tadi daln susunkan ayam beriani diatas beras tu..


lapiskan lagi dengan beras yg telah direbus 10 minit

lapiskan lagi dengan beras dan letakkan daun pandan untuk mewangikan nasi

masukkan sedikit minyak sapi untuk menambah perisa dan wangi nasi

ratakan nasi dalam periuk supaya masak serata

buatkan adunan tepung saperti doh karipap dan tepekkan keliling periuk untuk menggamkan tudung so nanti wap tidak keluar dari periuk semasa memasak..

bahan jeruk untuk buat acar buah

tumiskan bahan untuk buat acar buah sehingga kuahnya pekat..sejukkan..

masukkan bahan jeruk dan bawang..gaulkan rata dan sejukkan...


dalca sayuran dan nasi beriani yg telah siap..ready to tapau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers