Monday, October 28, 2013

Ayam Mentega

AYAM MENTEGA

Bahan-bahan
500 gram isi ayam [dipotong kecil dan nipis]
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 cawan minyak masak
3 ulas bawang putih     ]
1 inci halia            ] dicincang halus
10 tangkai ciliapi merah]
5 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung ]
1/2 cawan air              ] dibancuh
1 tangkai cili merah [dihiris kasar]

Cara Membuat
1. Masukkan ayam dankicap cair didalam mangkuk. Gaul sebati dan perapkan selama sekurang-kurangnya 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga garing.
3. Angkat dan tuskan.Ketepikan.
4. Panaskan mentega dan sedikit minyak masak di dalam kuali lain dan tumiskan bawang putih, halia sehingga wangi. 
5. Masukkan daun kari dan ciliapi. Kacau sebentar.
6. Perlahan api dan masukkan susu cair, bancuhan air tepung jagung dan sos tiram. Kacau sebati.
7. Bila kuah agak pekat tutup api dan masukkan ayam dan cili merah. Kacau sebati.

Thursday, October 24, 2013

Ekspo Buku Islam 9 Selangor









Jumpa kakliza disini...dengan hidangan 5 resipi dari buku yang kakliza tulis...

26.10.13 Jumaat jam 8-9 malam
Nasi Kebul...Ampap Ayam [Resipi 30 Bonus Tambahan 1 hari 1 Resipi]

27.10.13 Sabtu jam 4-6 petang
Nasi Pilaf...Ayam Gulai Darat...Salad Tomato

                         

Wednesday, October 23, 2013

Kelas Masakan Western Food bersama Chef Amer

Salam buat adik-adik sekelian..
lama kakliza tak celoteh..aceli kakliza TERSANGAT SIBUK..tapi nak juga cerita  [saja nak lepaskan mata dari memandang pruf resipi buku baru]



Ahad 20.10.13 baru-baru ni kakliza berpeluang dapat jadi jemputan/tetamu dalam kelas Western Food Chef Amer di Akademi Zati D Hati Kuantan..
Seronoknya di salam kelas kakliza berjumpa dengan Ummi Zaihadi dan beberapa orang yang membeli buku kakliza..
kami bekerjasama membuat masakan barat dan pasta yang menjadi KILLER FOOD Chef Amer..
takmo cakap banyak-banyak tapi memang WALLA  > BEST GILER....
jadi rebutlah peluang masuk kelas Chef Amer jika beliau buat kelas..BERBALOI-BALOI...

biarlah gambar menunjukkan cerita..

  
kakliza dan Ummi sedang gigih merinated daging kambing untuk  lamb chop yang best giler..
[takmo ulang cakap]


walaupun sandwich tuna jer tetapi rasa tersendiri yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata..


sandwich tuna di buat dalam persembahan yang berbeza..
sesuai untuk bekalan..makanan rengkas..

 
bruchetta yang simple tetapi menarik..sesuai untuk parti kanak-kanak..


makaroni bakar beratur nak masuk oven..untuk 28 peserta..bukan untuk kakliza sorang yer..


garden salad yang sesuai makan kat garden sambil mata melihat keindahan alam..heheheh..

 
Chef Amer dengan spageti carbonara


spageti bolognese


spageti oglio olio


chicken chop


lamb chop..kakliza ulang sekali lagi.. BEST GILER



makanan yang kami rasa bersama peserta...





peserta yang meriah dan sangat bekerjasama...

jumpa lagi di lain kali..Insha Allah...Nanti jika sudi jemputlah kakliza lagi..:-D
hilang stressed yang kakliza alami beberapa hari sebelumnya...








Wednesday, October 02, 2013

SAYUR


KHASIAT sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.


Alasannya, pahit, pelik dan tidak enak lantas mereka lebih rela mengasingkannya daripada hidangan sebelum hilang selera. Apapun, mereka harus menerima hakikat bahawa tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.





Jenis sayuran dan khasiatnya


Sayuran boleh dikelaskan ke dalam kumpulan atau keluarga biologi yang dibahagikan kepada enam iaitu menjalar, akar, cruciferous, berdaun hijau, batang dan bebawang. 


Sayuran menjalar seperti timun, labu dan zucchini enak dinikmati apabila ia masih muda dan biasanya dimakan begitu saja atau dimasak. Ia mempunyai rasa manis dan pedas apabila dimakan. 


zucchini


Misalnya, zucchini ialah sumber serat yang baik bagi membantu mengurangkan sembelit dan memberi perlindungan daripada kanser kolon.


Zucchini mengandungi folat yang penting dalam pembahagian sel dan sintesis asid deoksiribonukleik (DNA). Selain itu, ia membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf janin jika diambil sebelum mengandung.




Labu pula ialah sumber vitamin C dan A selain mengandungi flavanoid yang membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh serta mencegah terjadinya penyumbatan pembuluh darah. 


Ia berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau bengkak pada tubuh badan. Biasanya, labu direbus dan ada juga yang gemar menjadikannya pencuci mulut.



keledek


Sayuran daripada keluarga akar seperti kentang, keladi dan keledekberbeza daripada kepekatan dan keseimbangan antara gula, kanji dan karbohidrat lain.


Jenis sayuran berkanji ini biasanya menjadi makanan ruji sebagai sumber karbohidrat di sesetengah negara seperti Afrika Barat atau kawasan tropika yang biasanya direbus dan dilenyek untuk membuat hidangan dinamakan fufu atau poi.






Kategori sayuran daripada keluarga cruciferous pula seperti kubis, brokoliserta kubis bunga berpotensi menghalang pembentukan hormon kelenjar tiroid di kalangan mereka yang kekurangan iodin menerusi kandungan goitrogen. 


Jika dimasak lebih 30 minit tanpa henti, ia boleh mengurangkan jumlah sebatian goitrogen yang terkandung di dalam sumber berkenaan secara semula jadi. 


Misalnya, sebanyak satu pertiga kandungan goitrogen akan dinyahaktifkan apabila brokoli direbus justeru, bagi memastikan sumber khasiatnya kekal di dalam sajian yang dimakan, ia perlu dimasak secara stim. 


Sayuran hijau seperti kubis daun, bayam dan salad mengandungi zeaxantin. Bayam mengandungi vitamin C, zat besi, kalsium dan serat. 


Kandungan asid folik dan serat yang tinggi baik untuk mengekalkan kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium serta beta karotena.



Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan mereka yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan masalah ginjal. 


Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati. 


Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri. 


Misalnya, asparagus ialah sumber sayuran yang rendah kalori dan natrium.


Ia juga sumber vitamin B6, kalsium, magnesium dan zink yang baik selain mengandungi serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik, besi, fosforus dan kalium.


Selain itu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah.


Biasanya, asparagus dijadikan pembuka selera atau ulam. Ia boleh dihidang melalui masakan
Asia yang digoreng bersama makanan laut, dipanggang atau dimakan mentah dan dicampur ke dalam hidangan salad.


Bebawang seperti bawang, bawang merah dan bawang putih juga mengandungi khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan.


Misalnya, bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat, asid folik, kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. 


Penyelidikan mengenai khasiat bawang merah kepada kesihatan mendapati, ia mengandungi dua sebatian utama iaitu sulfur seperti allyl propyl disulfide dan flavonoid. Flavonoid dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis. 


Memakan bawang merah setiap hari juga boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis selain kandungan sulfur yang boleh membantu kulit kelihatan muda.








Perbezaan warna sayuran

Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya. 

Warna pada sayur-sayuran mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan kerana bahan kimia di dalamnya yang menghasilkan warna terbabit.




Sayuran putih mengandungi sulforaphane iaitu sebatian organosulfur yang boleh menjadi antikanser yang didapati secara semula jadi daripada sumberbrokoli, kubis Brussel atau kubis.


 




Bagi kubis merah dan biru serta sayuran berwarna ungu seperti terung, ia mengandungi sumber antosianin yang membantu melindungi tubuh manusia daripada kanser, memperbaiki fungsi minda dan membantu menjaga jantung yang sihat.




Jangan takut untuk menikmati sayur-sayuran berwarna merah seperti tomato kerana ia mengandungi sumber lycopene yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru, prostat dan perut.


Petua Untuk Mengekalkan Zat Sayur

• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.

• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

• Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.

• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.




SAYUR yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.


Selain khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang lain. 


Namun, kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan sayur yang enak dan segar: 






Menghilangkan pahit peria

Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15 minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit. 


Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu. 


Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan semua. 




Kekalkan kesegaran sayur


Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur.


Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan. 


Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan
surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak. 






Kekalkan kesegaran taugeh

Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau. 





Kekalkan kesegaran bendi

Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama. 



Mengenal pasti sayur yang segar

Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah. 


Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan. 




Mencantikkan rupa sayur



Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.

Pemanggang Ajaib Jumbo Korea

Assalamualaikum..
sebelum bulan puasa baru-baru ini kakliza telah tambah gadgetr dapur..
terpikat dengan kecantikan pemanggang ini kakliza pun baeli lagi..padahal kakliza sudah ada 4 pemanggang ajaib yang saiz 28 cm, 30cm, 32cm dan 36cm..
semuanya kakliza gunakan dalan sessi photo-shoting membuat buku baru iaitu 100 resipi pemanggang ajaib..antara resipi yang kakliza buat adalah ayam panggang berempah..ayam panggang serai..kueh lepat labu..me goreng mamak..mee aizzling..koktel sagu koktel...kek ombak rindu..kek coklat,,kek buah,,kek marble ..quiche..bingka roti..pajeri mangga..pindang ayam..pizza..pecal ikan pari dan banyak lagi...

puashati 

 buatan Korea

tangkainya gunakan klip bukan magnet

 dalamnya ada jejalur untuk membentukkan jaluran pada yang dibakar

 untuk mengukus letakkan rak ditengahnya..dan ltakkan mangkuk tahan panas atau loyang 

 boleh dicabut..dan senang untuk dibasuh
 untuk mengukus

 bila dibuka

saiz pemanggang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers