semasa balik Kedah baru2 ni kkliza telah membeli rebung jeruk yg dijual di Pekan Rabu untuk dibawa balik ke Kerteh dan masak..
aceli rebung jeruk ni banyak dijual di Kedah dan negeri utara Malaysia...susah nak jumpa kat tempat lain...
harganya sekitar RM4.00 - RM5.00 sekilo..
kakliza terlupa nak amik gambar..so akak jumpa gambar dari tenet...
mungkin ada yg tak pernah tenguk..tapi bila dimasakkan gulai/kari ..aduhhhhh..enak banget dongg....
so kakliza pun masak gulai dicampurkan dengan hirisan daging..masakkan sehingga pekat...
boleh juga gantikan daging dengan tulang [rebuskan lembut dulu] atau udang [masukkan bila rebung dan lembut ]
so far rebung ni kakliza x pernah buat masak lemak ciliapi...
so tak tahulah sedap atau tidak rasanya..
GULAI REBUNG & DAGING
Bahan
500 gm rebung jeruk [rebung hutan kecil]
200 gm daging [hiris nipis]
3 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 s/b kerisik [jika suka]
2 keping asam keping
3 s/b minyak
garam
Bahan Tumis
3 s/b rempah kari daging
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 cm halia ]
1 cm kulit kayu manis
daun kari
Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan santan, daging dan rebung dan masakkan sehngga daging lembut.
4. Masukkan garam dan asam keping.
5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Monday, June 30, 2008
Lala Goreng
LALA GORENG
Bahan
1 kg siput lala
3 s/b minyak
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk
3 tangkai cili merah ]
2 s/b sos tomato
garam
Cara
1. Siput lala direndamkan dalam air sebentar. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan sos tomato, garam dan siput lala. Kacau rata.
4. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
Kerabu Mangga Muda
KERABU MANGGA MUDA
Bahan
2 biji mangga muda [cincang atau parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]
Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi [kalau nak pedas boleh tambah]
3 s/b cuka campuran [jus limau ]
4 s/b air
garam
gula
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan mesin dan gaulkan rata.
3. Hidangkan.
Sunday, June 29, 2008
Ampang Puteri Specialist Hospital
pada 6 Jun 2008 baru2 ni kkliza dimasukkan ke Ampang Puteri ..
setiap hari jam 8.30pagi dan 2.00 ptg kakliza masuk bilik fisio untuk ditungku dengan hot-pack dan diurut-urut oleh dayang2 letronik..
sampai terlena2 dibuatnyaaaa....punya syuk...
selepas itu kak liza dikehendaki membuat exercise untuk menguatkan tulang belakang dan bahu...
bila kakliza memberitahu maklang ulampegaga dan MamaFaMi..
mereka pun menulis dalam komen di FP kakliza..
agak ramai juga yg bertanya kabar..
sungguh tak sangka..adik2 siber begitu perihatin pada kakliza...
kakliza ucapkan terimakasih yg tak terhingga...hanya Allah juga yg dapat membalaskannya...
bangunan hospital yg mana kakliza memang dah lama mengambil rawatan kat sini..
termasuk bersalinkan anak bungsu [no.5]..
kueh mueh yg dibawa oleh adik kakliza..
kebetulan dia menghantar supply kueh frozen di KL..
oleh kerana dia bawak banyak..so kakliza jamu jer kat dayang2 yg selalu datang amik BP dan suhu badan kakliza..
ok jom kita tenguk sebahagian makanan yg dihidangkan untuk kkliza ...
mmg sedappppp...tak rugi masuk spitalllll.....jommmm...
tapi jangan terliur pulak..tak dapek don nak tolong haaa...
anggur dari silent reader di Fotopages...
kek prune dan hadiah kraftangan pokok bonsai dari Nonie [kawan kkarib kak liza ]
ini muffin cik puan Ida Merpati yg bawa sampai sekotak muffin..
dapat jugalah kakliza jamu dayang2 dalam spital tu...sesungguhnyadepa seronok sekali...
sampaikan ada yg sayang nak makan muffin yg comel tu...
sempat juga kakliza bertungkus lumus menghabiskan 3 buah novel cinta semasa dalam spital...
sampaikan Dr tanya kakliza nak amik peksa ker..tekun benar membaca...even dalam lift pun kakliza baca tauuuu..
ini novel Chef NorzailinaNordin yg kakliza beli kat kedai buku Rent A BOok..Ampang Point.. sebb kat Popular dah habis..
makanan yg dibawa oleh adik2 siber..[forum cari.com.my]
Shida menyambut besdey dalam ward kkliza ..ditemani oleh Nhuda..
pastu kami lepak kat Ampang Point..
orang sakit p outing weyyyy....sampai 3 jam pulak tu..
kakliza ingin memohon banyak2 maaf dari adik-adik siber dan juga kawan2 yg datang bawa buahtangan tapi kakliza terlupa nak amik gambar...
ini disebabkan dalam kesibukan schedule fisio dan bersembang..sampaikan dah tinggal sikit baru teringat nak shoot..
apakan daya..sekali lagi ampun maaf...
apapun kakliza ucapkan berbanyak2 terimakasih daun keladi..
nanti kalau kakliza masuk spital..antar laa banyak2 lagi....hehehhehehe..

Traders Hotel
semasa di KL pada 4 & 5 Jun 2008 baru2 ni kkliza dan keluarga menginap di Traders Hotel memandangkan asben kkliza meeting di kawasan sekitarnya.. walaupun ada internet connection..tapi kakliza ada appointment dengan Pakar Tulang di Hospital Pakar Ampang Puteri so kkliza tak sempat nak buat sebarang entry dari sana.. tambahan pulak laptop tak lepas dari tangan anak2.
nampak gayanya kakliza pun kena cari 1 laptop la....
amacam? okey tak.. jom kita tenguk apa yag ada..
bangunan hotel kakliza amik gambar dari Hotel The Zone on the Park KLCC semasa menginap disitu..
bilik peraduan
bilik bersiram
the lobby..yg uniknya lobby ni di tingkat 5..so kalau masuk kat entrance mmg tak jumpa receptionist..
bangunan Twin Tower KLCC dari hotel diwaktu malam..cantik sungguh...
tersergam indah...
.

Saturday, June 28, 2008
One evening with my girl
semasa balik Kedah baru2 ni kakliza telah keluar berdua saja ngan anak dara kakliza..
apalagi kami pn buat sesuka hati saperti shopping..jalan tenguk sana tenguk sini...dan makan dengan gembiranya...
al-maklumlaa bukan selalu dapat peluang berduaan ngan dia... kami masuk sini...
ni kepunyaan mak dara
minuman yg dikongsikan..
Friday, June 27, 2008
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah
saperti kebiasaan..bila tiba masa cuti sekolah kami sekeluarga akan mengambil kesempatan untuk balik kampung [umah mertua] untuk memberikan peluang anak2 berjumpa dan bermesra dengan datuk dan nenek juga sepupu sepapat mereka disana..
kami bertolak dari kerteh pada malam pembukaan majlis SUKMA yg berlangsung di Kuala Terengganu iaitu Sabtu 31 Mei 2008..
tetapi kali ini kami hanya dapat pulang selama 3 hari memandangkan asben kkliza terpaksa bertugas di KL ...
semasa di Alor Setar kakliza sempat pergi ke Pekan Rabu untuk membeli bahan untuk membuat acar buah saperti jeruk limau, belimbing kecut dan lain2..
disamping itu kakliza juga beli ikan pekasam, belacan tumbuk Tg Dawai dan asam jawa..

Subscribe to:
Posts (Atom)