Friday, January 25, 2008

Kek Coklat Kukus



KEK COKLAT KUKUS

Bahan A [Kacau rata]

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2 Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

KRIM COKLAT
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

3 comments:

ashikin said...

kalau sya ambk tempahan..
cara penghantaran macamana...?
pelangan kene ambk sendiri atau ade kos penghantaran...

Anonymous said...

salam kak liza.... hahahahahah nak luahkan semalam saya buat tapi tak jadi,,, sedih sangat rasa rupanya salah saya... tapi saya nak tanya akak ni... nak kukus kek tu kena tutup ke loyangnya??

Aisyah Az-zahra said...

salam kak Liza, saya dah cuba resepi kek coklat kukus ni. Sangat sedap... minta izin share dalam blog saya ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers