Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Friday, January 25, 2008
Ikan Bakar dan Budu & Air Asam
IKAN BAKAR
Bahan
3 ekor ikan selar/kembung
sedikit garam
kunyit
Cara
1. Sapukan garam dan kunyit pada ikan.
2. Bakar atas pemangang sehingga garing.
3. Hidangkan bersama budu atau air asam.
BUDU
bahan
budu [dalam botol]
ciliapi hiris
cili merah hiris
bawang merah hiris
air limau kasturi
Cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
AIR ASAM
Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam
(direndam ? cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis
Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Limau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Good post.
Post a Comment