Thursday, January 29, 2009

Rendang Sotong

rendang sotong

RENDANG SOTONG

Bahan

500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

5 comments:

cikmanggis said...

sedap ni....nape tak terfikir nak buat rendang sotong ya?asyik ayam dan daging je..Thanks kakliza!!

Ummu Aqil said...

nih jwb nyer kena pi carik sotong nih...nanti leh try akaknye resepi nih plak...

hanieliza said...

cikmanggis..
mmg sedap tapi masakkan kuah rendang tu sampai pekat baru masukkan sotong dan amsak kejap jer..jangan lama-lama nanti sotong tu liat..macma pelastik plak kang..


Aishah..
anak akak pun suruh akka masak rendang sotong ni lagi..tapi kakliza le ni sotong tak cantikla..

ieYna said...

saya dah pernah cuba memang sedap..

aidasaxana said...

sedap benor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers