Tuesday, January 13, 2009

Kisah Cuti - Tok Wan

Salam ...
kali ini kakliza ingin ceriterakan kisah kakliza balik berjumpa datuk kakliza [Hashim bin Anang] yg telah uzur ...

dalam perjalanan


rumah Tokwan


Tokwan kakliza

Ayah kakliza [dah meninggal dunia tahun 1990] berasal dari Bagan Serai, Perak adalah anak ke 2 dari 9 adik beradik..
semasa cuti sekolah baru2 ni asben kakliza dikehendaki menghadiri Forum di Sg Petani selama 3 hari..
oleh kerana kakliza terpaksa menghadiri majlis konvo Azlan di Shah Alam ..so kami bercadang akan ke Sg Petani melalui Lebuhraya Utara Selatan..
kakliza bercadang ingin singgah dirumah datuk kakliza di Bagan Serai untuk melihat beliau memandangkan kami dah lama tak berjumpa..
kebetulan pulak ingin menziarah pusara nenek kakliza yg meninggal pada raya puasa baru2 lalu..

kami bertolak pagi Ahad 30.11.2008 dari umah adik perempuan asben kakliza di Pandan Indah menuju ke Bg. Serai..
perjalanan begitu selesa kerana kereta taklah banyak dijalanan..
cuaca pun cantik cuma sekali sekala hujan renyai saja..
dalam perjalanan kakliza terpegun melihat kecantikan air terjun Lata Kinjang yg kelihatan tersergam cantik dari lebuhraya...

sampai dirumah datuk kakliza yg kami mesra ngan Tokwan sekitar jam 2 ptg..
anak2 kakliza begitu seronok tenguk rumah kampung dan suasana sawah padi dan pokok buahan2..
Tokwan kakliza dah uzur berumur 90thn..ditemani oleh makngah dan paktam..
beliau tak begitu ingat pada kakliza..lama baru dia cam..
kakliza amat sedih melihat keuzuran beliau...
sebak rasanya...memang mengalir air mata kakliza..
sekali sekala beliau memanggil kakliza duduk berhampirannya dan bertanyakan tentang ayahda kakliza..
rasanya beliau dah lupa yg ayahda kakliza sudah meninggal dunia 18 thn lalu..
disana kakliza sempat menyuapkan beliau makan kueh lapis yg kakliza beli di Pandan Indah [KL] dan minum air kopi kegemaranya ..
kakliza terkenangkan waktu2 kakliza tinggal bersama Tokwan selama beberapa bulan semasa ayahda kakliza bertugas di Kucing pada tahun 1971...
betapa dia menyayangi kakliza adik beradik..sehinggakan pada awal kakliza berhijrah ke Terengganu, Tokwan sanggup ikut kakliza ke sini untuk beberapa minggu..
bila ditanyakan kenangan itu beliau kelihatan begitu payah untuk mengingati semuanya..
kakliza berdoa Tokwan kakliza dipanjangkan umur agar dapat lagi berjumpa dengannya jika berkesempatan dilain waktu...

kakliza sempat berbual dan makan kueh2 yg dibawa dan buah2 jambu dari pokok dirumah Tokwan dengan makngah dan paktam yg tinggal bersama Tokwan sejak nenek kakliza meninggal dunia raya baru ni..



sayang sekali kakliza tak dapat menghadiri semasa nenek kkliza meninggal dunia kerana kakliza baru 30 minit jer sampai rumah dari perjalanan Alor Setar -> KL -> Kerteh ...
kalau nak balik ke Bagan Serai memang tak berdaya rasanya....tambah pulak masa tu jam 11 malam...

sebelum berangkat meneruskan perjalanan ke Sg Petani kakliza sempat singgah dipusara aruah nenek kak liza di kawasan Masjis Matang Gerdu..
kakliza doakan agar roh nenek kakliza dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...Amin....

selepas itu kakliza meneruskan perjalanan ke Sg. Petani..tapi dipertengahan jalan kakliza terserempak dengan kemalangan...
sempat jugalah kakliza shoot...

nantikan kisah gadering kakliza ngan mamazieza, Rinnchan, Ana cake-lover dan Maisya dan entry akan datang..
riuh rendah bilik penginapan kakliza kami buat..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers