Sunday, September 07, 2008

Masak Lemak Ciliapi Daging







Quote:
MAKRUH PUASA

* Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
* Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor
* Merasa makanan dengan lidah
* Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedahan aurat
* Berbekam
* Memakai bau-bauan atau mencium bauan
* Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan sesuatu kerjapun
* Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.







MASAK LEMAK CILIAPI DAGING

Bahan

500 gm daging [biar yg ada lemak muda sikit]
1 liter air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 batang serai [ketuk]
2 keping asam gelugor [asam keping]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan Mesin
20 tangkai ciliapi [jika nak pedas boleh tambah]
3 cm halia
2 ulas bawang merah
3 cm kunyit hidup

Cara
1. Daging dihiris nipis. Basuh dan rebuskan dengan 1 liter air dan serai sehingga lembut dan air rebusan tinggal sama banyak dengan daging.
2. Masukkan santan, asam keping, garam dan daun kunyit.
3. Masakkan sehingga mendideh dan pekat.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

1 comment:

raksasa laut said...

bl nk msuk bhn mesin?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers