Air kacang soya (juga susu soya atau Itali: soia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China.
Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan.
Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang tidak boleh meminum susu lembu.
Asal-usul
Air kacang soya dikenalpasti asalnya dari China,[1] sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan di tanam di Jepun.
Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum masihi.
Liu An juga dikatakan yang membuat tauhu di China, kemudiannya dikatakan 900 tahun selepas itu, dikenali di Jepun, sebagai tofu.
Kebaikan susu kacang soya.
Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu.
Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya
Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini.
Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!
Fungsi Memori
Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus.
Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen.
Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.
Proses Penurunan Berat Badan
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.
Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat.
Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot – tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?
Menentang Radikal
Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.
Pembangkit Tenaga
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang.
Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.
Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari.
Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.
baru-baru ini kakliza ditanya mengenai cara buat air kacang soya...
oleh kerana kakliza sekeluarga mmg suka makan air kacang sya, so kkliza pun membuat sendiri...
tapi sorila..kakliza tak semapt nak amik gambar [takder mood sbb kepenatan sangat]
AIR KACANG SOYA
Bahan
1 cawan kacang soya
4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan [simpulkan]
Cara
1. Basuh dan rendamkan kacang soya semalaman.
2. Ramaskan kacang soya supaya kulitnya berpisah. Buangkan kulitnya sambil membilaskan kacang soya.
3. Mesinkan dalam blender sehingga halus.
4. Tapiskan dengan penapis kain [selalu tapis teh tarik/tapis kain putih]
5. Masukkan soya dan gula dalam periuk bersama simpulan daun pandan.
6. Masak sehingga mendideh. Jaga supaya jangan sampai melimpah keluar periuk.
7. Sejukkan dan hidangkan bersama ketulan ais. Boleh juga hidangkan soya panas.
Nota:
Air soya boleh dicampurkan sirap merah dan cincau atau cendul untuk menghasilkan soya bandung cendul atau soya bandung cincau.
3 comments:
kak liza, cuba try letak halia sedikit, vanilla and kacang badam kisar..mabeles rasa dia....
mahu cuba lah kak liza...dah rendam semalaman cuma tunggu utk diblender
Salam Kak Liza, simple aje resipi. Pasti enak ;) tq for sharing
Post a Comment