Thursday, September 04, 2008

Kerabu Sotong & Suhun

AMALAN PUASA

Oleh: Abdullah Abd. Rahman [pendakwah bebas]


Sunat-sunat puasa


* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar [buah kurma] atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengadakan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.




KERABU SOTONG & SUHUN


Bahan

500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers