Monday, September 15, 2008

Daging Sos Tiram




Bahan-bahan

500 gm daging batang pinang [potong kecil dan nipis]
1 s/b kicap pekat
4 s/b sos tiram
1 cawan air
1 s/b lada hitam [tumbuk]
5 biji cendawan butang [hiris nipis]
1 biji cili kapsikum merah ]
1 biji cili kapsikum hijau ] potong kecil
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan cndawan butang, sos tiram, serbuk lada hitam dan air.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan cili kapsikum.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers