AYAM BAKAR
bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]
Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]
Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
lemon [hiriskan setbal 1/2 cm]
Cara
1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah diperapkan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomato keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan lada hitam dan coleslaw.
COLESLAW
bahan
1 biji kobis manis kecil [yg ada warna hijau muda sikit tu]
1 batang karot
1 cawan mayonis
1 cawan yogurt perisa asli
1 s/k serbuk lada hitam
Cara
1. Racik/cincang halus semua bahan sayuran.
2. Gaulkan sebati mayonis, yogurt dan serbuk lada hitam.
3. Gaulkan semua bahan dan sejukkan sebelum dihidangkan.
SOS CENDAWAN LADA HITAM
Bahan
1 bawang besar [didadu]
1 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [potong leper]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan air
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.
Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Sunday, February 03, 2008
Ayam Bakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment