Monday, February 09, 2009

Tiramisu



TIRAMISU

Bahan A
24 keping biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut.. so kena makan secara scooping gitu..tapi memang sedappp..

biskut untuk tiramisu

6 comments:

Ummu Aqil said...

mcm tu rupenyer biskut tu...kalu ganti ngan benda2 lain ok tak akak?

Anonymous said...

kat mana bleh beli biskut nih?

.::Lynn::. said...

kat mana leh dapat biskut ni?

raflessia07 said...

nak tanya biskut tu ada tanda halal x? sebab bahan import kan. hee sorry bertanya

raflessia07 said...

nak tanya biskut tu ada tanda halal x? sebab bahan import kan. hee sorry bertanya

Anonymous said...

Kedai bakery ada jual. Blh tukar sponge cake kalau suka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers