baru-baru ni kkliza diminta oleh asben untuk sediakan juadah untuk perbincangan group kapalterbang kontrol..
oleh kerana kkliza masih ada stok muffin yg dibeli melalui Kacip_Fatimah so kakliza pun sediakan ..
BLUEBERRY MUFFIN
[32 biji muffin]
Bahan A
500 gm tepung premix muffin blueberry
2 cawan tepung naik sendiri
Bahan B
3 biji telur [pukul sedikit]
150 ml minyak
200 ml susu segar
Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah - jgn gunakan blower/kipas oven]
2. Gaulkan bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati. [gunakan whisker saja]
4. Masukkan adunan dalam acuan muffin kertas hampir penuh [kira2 80% acuan].
5. Bakar selama 20 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan.
3 comments:
salam kakliza, sedap la tgk muffin tu. boleh la nak try nanti..
pe kata kakliza check blog umi, sbb ada sesuatu utk kakliza kat situ :D
nak try, nak try..
tepung tu..memang ada jual di supermarket ke??
Post a Comment