Monday, May 05, 2008

Cuti-cuti Hari Buruh

tanpa dirancang..tanpa ada jemputan....
bermula dengan panggilan telefon kepada anak kkliza no3 [Mohd Azri] yg berada di Melaka..
kkliza terasa saperti terlalu rindu ingin berjumpa dan memeluknya..
so dalam perbualan kami..akhirnya kkliza pun secara sepontan cakap padanya nak pergi berjumpa dengannya..
dengan gembiranya dia menanti dan siap order apa yg nak dipesan ...for sure makanan laa.. :-D :-D
so kkliza sediakan sebiji kek coklat untuk dia makan bersama kawan-kawannya..


kakliza pergi bersama asben dan 2 anak [no4 dan no5] ..bertolak ke Melaka pada malam Khamis 1 Mei jam 1.30 pagi..
kami melalui jalan Kuantan - Muazam Shah - Segamat - Gemenceh - Tampin dan terus ke Air Paabas/Alor Gajah..tiba jam 9 pagi..




sampai disana anak kkliza no4 pun bermain helikopter kontrol dengan abangnya..



jam 12 tgh kami menuju ke Tesco Malaka untuk membelikan dia seluar sekolah kerana seluar yg dibawanya semuanya dah longgar due to he lost weght yg amat sangat..
dia aktif bermain rugby [jadi wakil pemain sekolah]..

setelah membeli makanan kami pun mengantar dia balik to asrama tapi sempat lagi bermain helikopter kontrol yg sengaja dibawa oleh asben kkliza untuk dia main dipadang...




jam 7 malam kami bertolak pula ke Port Dickson untuk berjumpa bonda kkliza dan bermalam dirumah adik kakliza
perjalanan hanya amik masa 45 minit jer..
nanti kakliza tuliskan stori dan apa yg kakliza buat disana..sudah tentulah laporan masakan..

1 comment:

umi_e said...

Salam... ehhhh kak liza orang PD ke? Kg saya pun kat PD gak tau ;) Masa sekolah duduk kat Telok Kemang, masuk lorong depan Kedai runcit Bacha :D Pastu pindah kat Kg Sawah sebab Telok Kemang umah arawah tok dan sekarang an pun duduk kat Kg Sawah, Sungala. Mak kak liza dok kat mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers