bila malas melanda..hanya yg simple dihidangkan...
jom kita tenguk apa yg sempoi...
sosej ni rasanya tak payah kasi resepi la..semua orang pandai buat kannnnn..
dalam pada tu kkliza teringin nak makan kueh bakar jagung..
tapi bila berchatting via YM ngan maklang [Teratak Maklang] dia pula teringin nak makan kueh bakat biasa yg ada taburan bijan tu..
so kkliza pun layan jelah masak kueh tu..
dapat juga sampaikan pada kawan2 lain merasa...
tapi lepas kakliza tulis entry ni ..cadangnya nak kedapur untuk adun kueh bakar jagung ..
so esok boleh makan..
KUH BAKAR
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau
Bijan goreng tanpa minyak
Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
3 comments:
Kak Liza, Emi tak ada oven atas bawah, boleh ke buat kuih bakar ni.. terliur tgk kuih akak ni yg memangnya antara kuih favorite Emi. Thanks KakLiza.
Salam Kak Liza,
Saya dah cuba buat kuih bakar ni.. tapi lembek sikit walau ikut betul2 sukatan yg diberi. Kena tunggu betul2 sejuk baru boleh dipotong ke?
Kak Liza, Linda dah cuba resepi ni.... tapi tak rasa macam yang jual kat pasar malam la.Kenapa ye ? opis mate aku kata kena kurang kan tepung..?
Post a Comment