Thursday, March 20, 2008

Ikan Kukus Serai


IKAN KUKUS SERAI

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

3 comments:

linie said...

hi k.liza..sy da beli buku akak yg IKAN ngn NASI..hr tu try la wat ikan stim serai ni..tp rs cm de kurang la..2x wat,2-2x rs mcm ade xckp ingredient..tatau la nape.rs cm masam semata2,plik lak rs..so sy ltk asam keping,ade la beza sket, but still rs cm ade kekurangan..nape yekk??

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Liza..
Terima kaseh atas resipi ikan kukus serai yg dah hawa cuba.. mudah & sedap :P

Unknown said...

campur lagi bunga kantan yg dihiris hiris tabur sebelum dikukus. sure sedap.. cuba la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers