Friday, August 31, 2012

Ayam Bakar Berempah

hari ini kakliza berada di rumah anak sulong kakliza d Mutiara Damansara..tetapi anka kakliza terpaksa ke Cameron Highland bersama iparnya kerana mereka dah booked apaprtment disana sebelum kakliza plan nak ke KL..

kakliza berada d KL kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kakak angkat kakliza esok Sabtu di Shah Alam dan Isnin pula kakliza ada rakaman dengan TV3..

Oleh kerana kakliza berdua saja dengan suami..rasa malas nak keluar tu menebal sikit..so masak apa yang ada jer dalam petisejuk dan dapur anak..


AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 2o -30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].


9 comments:

sahrish ali said...

Looks delicious like BBQ chicken. Coating is looking very crispy.

cinta illahi said...

Akak! Sy dah try n mmg extra delicious ok! Love it.. tp sy perao semalaman then goreng.. so yummy... thanks for sharing

cinta illahi said...

Akak! Sy dah try n mmg extra delicious ok! Love it.. tp sy perao semalaman then goreng.. so yummy... thanks for sharing

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak. Saya dah dapatkan buku 1 hari 1 resepi akak dan telah mencuba beberapa resepi di dalamnya. Harap akak izinkan saya kongsikan resepi2 yang telah dicuba di blog saya.

TQVM kerna berusaha untuk membantu mereka2 yang memerlukan panduan ketika di dapur.

Unknown said...

verry simple and easy .. nice dishes.. thank for your tips..
lemon pepper chicken

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

tq kakliza..saya daj try resepi ni utk berbuka puasa. huby suka sgt sbb sedap dan sihat sbb tak pakai minyak. tq for sharing..

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

tq kakliza..saya daj try resepi ni utk berbuka puasa. huby suka sgt sbb sedap dan sihat sbb tak pakai minyak. tq for sharing..

kh said...

لمن يهمه امر شركات نقل عفش بالطائف
شركة تنظيف خزانات في مكة
شركة عزل خزانات بمكة
شركات تنظيف بمكة
تنظيف شقق بمكة

Eyefacreation@gmail.com said...

Dah byk kali sy msk guna respi ni. Mudah & sdp. Slalunya sy buat nasi ayam, mkn dgn ayam bakar resepi ni. Tksh chef. Mohon halalkan respi nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers