Orang
yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat
membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat
tercela dan sebagainya.
Demikian
juga dari sudut kesihatan. Puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat
penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh
menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan
sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Berpuasalah,
nescaya kamu akan sihat”.
Hadis
ini memberi gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat
berpuasa. Para pakar perubatan bersetuju
bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama
kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya
pula penyakit lain.
Maka
puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua
penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun dalam makanan dapat dineutralkan
setelah berpadu antara satu sama lain.
TANDOORI IKAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal [anggaran 500 gram]
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar
cili mesin
2 sudu besar jus lemon
1 cawan yogut asli
3 titik pewarna merah
1 sudu besar minyak
Cara Membuat
1. Kelar
kedua-dua belah ikan, lumur keseluruhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama
10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih.
3. Satukan
bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
4. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
5. Bakar ikan atas dapur arang.
4. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
5. Bakar ikan atas dapur arang.
6.
Hidangkan.
10 comments:
selamat berpuasa Kak Liza
salam ramadhan kak Liza...sedap tgk ikan tu.harus dicuba nanti:)
selalu tgk ayam jek... ni ikan ye...
selamat berpuasa kak liza...
cucu raya mana tahun ni? :)
Kak Liza, ni mesti sedap. Selamat berpuasa kepada Kak Liza dan keluarga.
sedap nyer kak liza..
minat resepi kak liza sejak dulu lagi..i follow u
Tahun ini cucu akan beraya d Anak Bukit..semua berkumpul d kampung suami kkliza..InsyaAllah..
Selamat berpuasa..semoga amalan kita d berkati...Amin..
Salam ramadhan...cubalaaa..tq..
Terimakasih...
Terimakasih...selamat berpuasa..
Post a Comment