Sunday, July 22, 2012


Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah, akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya. 
Demikian juga dari sudut kesihatan. Puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat”. 
Hadis ini memberi gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Para pakar perubatan bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegemukan yang menyebabkan timbulnya pula penyakit lain. 
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.


TANDOORI IKAN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal [anggaran 500 gram]
6 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar jus lemon
1 cawan yogut asli
3 titik pewarna merah
1 sudu besar minyak   

Cara Membuat
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keseluruhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih.
3. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
4. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
5. Bakar ikan atas dapur arang.
6. Hidangkan.


10 comments:

  1. selamat berpuasa Kak Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa..semoga amalan kita d berkati...Amin..

      Delete
  2. salam ramadhan kak Liza...sedap tgk ikan tu.harus dicuba nanti:)

    ReplyDelete
  3. selalu tgk ayam jek... ni ikan ye...

    selamat berpuasa kak liza...

    cucu raya mana tahun ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ini cucu akan beraya d Anak Bukit..semua berkumpul d kampung suami kkliza..InsyaAllah..

      Delete
  4. Kak Liza, ni mesti sedap. Selamat berpuasa kepada Kak Liza dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. sedap nyer kak liza..
    minat resepi kak liza sejak dulu lagi..i follow u

    ReplyDelete