kakliza diminta untuk menuliskan resepi kuah kacang atau kuah satay..
selalunya kalau kakliza buat kuah kacang..kakliza akan masak dengan api perlahan dalam masa yang lama..
sampai naik minyak, cantik dan pekat..
tak boleh buat terburu-buru..
KUAH KACANG
Bahan: 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 1/2 cawan air asam jawa 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan minyak garam secukup rasa
bahan mesin 5 sudu besar cili mesin 4 batang serai 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 biji buah keras
Cara: 1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing. 2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat. 3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. 4. Hidangkan dengan nasi impit. |
|
20 comments:
betul tu kak!! mak sy pun masak kuah kacang ngan api pelan2. baru ler thn lama dn makin sedap!!!
nampak sedapnya kuah kacang tu...
Wah..dekat2 raya ni. menyelerakan sungguh ! HUhu..teringat masakan mak kat kg.
api pelan2.. eyy bila nak masak tu? api kuat je la cepat masak kak liza, tak tahan tunggu la.. he he.. tu lah saya yg rajin..
saya mmg suka makan kuah kacang ngan kuih muih dan bihun...resepi sya tambah belacan sket n guna gula kabung..mmg betul masak dgn api yg kecil dan dikacau selalu..sampai naik minyak..
santan dok letak ke..
Terima kasih ..... Hari ni try masak ... Sedap sgt..
Ayda di USA
wah nak cuba lah :)
kak..nak share resipi neh kat blog saya eh?? tq akak...
Tentu kak pandai masak,tahniah.
oh patutlah xjadi kuah kacang saya..saya masak kejap je then api besar...ok2 baru tau :p (1st time buat)hehe
baru nak try
Sedapnya nampak kuah kacang tu... terliur...
kuah kacang klau d mkn sama nasi impit mmg best kna lak kuahnya pekat likat mmg marveles lah...........
udah siap kok kuah kacangnya......mmg sdp maa kasih kak tuk resepinya,,,,,
Bpe lm nk msk kuah kcg ni?
dah try! sedap... tq kak!
Dah lama cari resepi mcm mak punya, baru skg jumpa.. TQ kak
Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
Post a Comment